Friday, June 7, 2013

baby baby dan baby

Assalamualaikum

Salam ceria ^_^

Pada 31 May 2013, hari khamis, seorang bayi lelaki telah dilahirkan oleh kakak ku. (baru hari ni nak hapdate. sigh -.-") Ah. indahnya rasa. Dia mengandungkan bayi itu selama 9 bulan 8 hari. Dia bersalin di Ampang (sebab dia memang duduk kat sana). Mak kat rumah, tak payah nak cakapla, dah tak selera makan pulak bila dapat tahu kakak dah sakit2 perut. Bila aku dapat tahu, memang eksaited la. Maklumlah, anak sedara yang ke-8. Complete 4 lelaki, 4 perempuan. Hihi. Tapi, benda yang lebih mengejutkan aku, berat baby dia 4.65kg. Ok, memang cipta rekod la dalam family. Sebelum ni, adik yg cipta rekod, 4.1 ke, 4.2 kg. *tak berapa nak ingat sangat. huuhu. Aaaaaa.. mesti baby ni bambam kan? Tak sabar nak tengok, nak cium, nk gomol2. hikhik. 

gambar hiasan. comel kot!

Esoknya, 1 jun, pada hari jumaat, mak, bapak dan abang ngah pegi ampang nak melawat. Mak tinggal sana sebab nak jaga kakak dalam pantang. Bapak dan b.ngah balik hari sabtu. Yelah, mereka pun ada tanggungjawab yg perlu diselesaikan di kampung. (awat ayat aku macam skema je ni, maklumlah dah lama tak tulis blog). Hampir setiap hari aku call, tanya khabar mak, baby, dan akak. Dalam 2 minggu lagi, baru mereka akan pulang ke kampung. Cepatlahhh 2 minggu. Dalam masa yang sama, aku mengharapkan, lambatlah 2 minggu sebab progress research ni macam tak berapa nak ade. bhahaha. Baru seminggu, mak dah rindu nak balik rumah katanya. Tapi, itulah pengorbanan ibu. Mak tetap tunggu akak betul2 sihat. *touch*. 

Baby ni dinamakan Muhammad. Muhammad bin Ainuddin. (sebelum ni, dengarnya, nak namakan Ammar atau Akif) hihi
Baby, sikit lagi awak boleh geng dengan kita, bulan 6 :p

Tahun ni, ramainya kenalan yang dah dapat baby dan akan dapat baby. Antaranya, Ifa dapat baby bulan 2. Anak lelaki. Comel anak dia. K.hana dan K.Mar dalam bulan 4 hari tu. K.Fida bersalin pada 30hb mei. Anak perempuan. Pastu, K.Bai pulak baru je bersalin 6hb jun. Juga anak perempuan. Mommy to be, Mira (8 bulan), Piqah (5 bulan), Tasneem (3 bulan), dan Tiah. Tak sabar nak dapat banyak anak sedara SSM. huu~~

Tengok instag malam tadi, Irine Nadia (blogger) pun dah bersalin. 6/6/2013. Anak perempuan. Comel :)

Doa untuk anak:

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"

(Surah Ibrahim :40-41)

p/s: pada rakan2 SSM yang nak kawin tu, cepat2 la ye. nak yang comel taw. hehe

Wassalam


3 comments:

♥ Ummu ♥ said...

yeay Akif! hehehe.. omeynye baby besarr. k nening lahir normal ke, vacuum ke, ceaser? besar kuttt... >.<

nur hayati said...

lahir normal tp kena vacuum

Nadiaz Namikaze said...

alhamdulillah kak nijack dah selamat bersalin =)