Thursday, March 28, 2013

Ais oh Ais


Assalamualaikum

Article ini aku copy n paste je daripada fb. terbaca dan nak share pada semua tentang kesan minum ais ni. Memang la ternyata sangat indah bila dapat minum ais di saat panas terik kan? kalau boleh, cubalah kurangkan minum ais ye. tapi, takkan la nak minum air panas di waktu panas? hehe. sama-samalah kita baca dan ambil iktibar. ceh !

(gambar ehsan en.google)

Kesan Minum AIS

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!



Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.

Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada 
serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.

Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..
Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...

. . . . . . 

Dah baca kan? Best tak kesan minum ais lepas makan? hah ! tapi, selalu order air yang berais kan? contohnya, teh ais, limau ais. ha, baik mengaku cepat! nampak macam simple. tapi sebenarnya, berat jugak ni. hoho~

Badan kita adalah tanggungjawab untuk dijaga. ia kan pinjaman? kalau sesuatu barang yang kita pinjam, kita akan jaga sebaik mungkin kan? sebab tu bukan barang kita. samalah juga dengan badan kita. Mari lah kita sama2 mengamalkan gaya hidup sihat (^^,)

*sila tuding jari pada diri sendiri*

~Live life to the fullest~

wassalam

Wednesday, March 20, 2013

2 jam anda?


Assalamualaikum.

gambar hiasan. credit kpd en.google

Apa yang anda lakukan jika anda ada lebihan masa 2 jam sementara menunggu bas? ya, walaupun itu bukan dalam perancangan anda. ohh. rasa sangat membazir kan? 

aku.

apa yang aku lakukan?

telfon mak, mak suruh pegi makan.
sayangnya, aku masih kenyang.


Lalu, aku mencari tempat yang sejuk (baca: aircond). di situ ada The Store. ok. cantik. aku pun dah lama sangat tak menyinggah tempat beli belah waktu sekolah dulu. aku habiskan masa yang begitu banyak sekali kerana persekitaran yang sejuk berbanding jalan2 di luar yang panas. hampir setiap row aku jalan. tapi, tak beli ape pun. at last, beli la jugak, sebatang pen dan juga sebuah buku tulis. ni pun untuk sedapkan hati cashier yang pandang aku semacam je. mungkin monolog hatinya berkata, "awat budak ni pilih pen lama sangat". agaknya laa.. semua jenama pen aku cuba. untuk menghabiskan masa. 

Dan akhirnya, aku keluar dari The Store itu dan menjengah ke kedai2 lain pula. tiada ekon. tapi, boleh cuci mata. merepek2 je aku beli. abis singgah kedai2 yang ada di deretan tepian bustand, lalu, aku merehatkan diri dan mata di kedai 'bintang emas' yang menjual kain2 baju raya. ooppss. akhirnya, aku mengalah. aku duduk berehat di kedai itu dengan berbekalkan kerusi empunya tuan kedai. lalu, aku menunggu dan terus menunggu. tiba2, mataku tertumpu pada 1 kereta bernombor plat JKT. oh, itu kereta abg saya. akhirnya, penantian aku berakhir pada saat itu. lalu aku mengenang kembali duit2 yang aku telah habiskan membeli benda2 yang bukan keperluan, tetapi kehendak. orang kata, benda yang lepas jangan dikenang. semoga barang2 itu memberi manfaat padaku biarpun bukan sekarang, mungkin pada masa akan datang. ceeh ! cakap lebat.


pengajaran:
- ada perancangan yang betul. maknanya, kalau dah tahu sampai bustand tengahari, hari jumaat pula tu, faham2 je la bas tiada kerana driver bas pergi solat jumaat. aku bermonolog dalam hati, "tapi dulu ada je..." itu duluuu.. sekarang lainn.. errk. *hantuk kepala ke dinding* 
- beli barang mengikut keperluan, bukan kehendak. it's well explained.


akhir kata, manfaatkanlah masa selagi ada ruang dan peluang.

~bye~


Wednesday, March 13, 2013

embah @ nenek

lama aku borak dengan embah pagi tu.
borak pasal macam2.

pasal beruk pun ada. embah kata, sejak 2 menjak ni, banyak beruk datang belakang rumah dia. bukan seekor dua. tapi sekumpulan. saiznya besar macam saiz anjing. embah yang kata. aku pulak yang risau. sebab itu beruk. bukan monyet mahupun lotong. embah kata, beruk tu tak kacau orang. embah halau pun dia buat x tahu je. menunjukkan yang dia x takut pada manusia. harap2 lah dia tak datang situ lagi. mungkin tempat tinggal beruk tu dah di kacau.

embah pun cerita pasal dia lupa nak lipat selimut. aku kalau datang rumah embah, memang aku akan melawat setiap ruang rumah embah. yela, nak tengok ape2 yang berubah. itulah yang menyebabkan embah membuka cerita tak lipat selimut. (sebab aku tengok bilik dia. hihi~). Embah cerita, setiap pagi, lepas bangun, embah terus lipat selimut. tapi hari ni, dia lupa. lepas solat, dia pegi ruang tamu atas. buka tingkap2. pastu, duduk kat tangga