Wednesday, March 20, 2013

2 jam anda?


Assalamualaikum.

gambar hiasan. credit kpd en.google

Apa yang anda lakukan jika anda ada lebihan masa 2 jam sementara menunggu bas? ya, walaupun itu bukan dalam perancangan anda. ohh. rasa sangat membazir kan? 

aku.

apa yang aku lakukan?

telfon mak, mak suruh pegi makan.
sayangnya, aku masih kenyang.


Lalu, aku mencari tempat yang sejuk (baca: aircond). di situ ada The Store. ok. cantik. aku pun dah lama sangat tak menyinggah tempat beli belah waktu sekolah dulu. aku habiskan masa yang begitu banyak sekali kerana persekitaran yang sejuk berbanding jalan2 di luar yang panas. hampir setiap row aku jalan. tapi, tak beli ape pun. at last, beli la jugak, sebatang pen dan juga sebuah buku tulis. ni pun untuk sedapkan hati cashier yang pandang aku semacam je. mungkin monolog hatinya berkata, "awat budak ni pilih pen lama sangat". agaknya laa.. semua jenama pen aku cuba. untuk menghabiskan masa. 

Dan akhirnya, aku keluar dari The Store itu dan menjengah ke kedai2 lain pula. tiada ekon. tapi, boleh cuci mata. merepek2 je aku beli. abis singgah kedai2 yang ada di deretan tepian bustand, lalu, aku merehatkan diri dan mata di kedai 'bintang emas' yang menjual kain2 baju raya. ooppss. akhirnya, aku mengalah. aku duduk berehat di kedai itu dengan berbekalkan kerusi empunya tuan kedai. lalu, aku menunggu dan terus menunggu. tiba2, mataku tertumpu pada 1 kereta bernombor plat JKT. oh, itu kereta abg saya. akhirnya, penantian aku berakhir pada saat itu. lalu aku mengenang kembali duit2 yang aku telah habiskan membeli benda2 yang bukan keperluan, tetapi kehendak. orang kata, benda yang lepas jangan dikenang. semoga barang2 itu memberi manfaat padaku biarpun bukan sekarang, mungkin pada masa akan datang. ceeh ! cakap lebat.


pengajaran:
- ada perancangan yang betul. maknanya, kalau dah tahu sampai bustand tengahari, hari jumaat pula tu, faham2 je la bas tiada kerana driver bas pergi solat jumaat. aku bermonolog dalam hati, "tapi dulu ada je..." itu duluuu.. sekarang lainn.. errk. *hantuk kepala ke dinding* 
- beli barang mengikut keperluan, bukan kehendak. it's well explained.


akhir kata, manfaatkanlah masa selagi ada ruang dan peluang.

~bye~


2 comments:

MiszSpecky said...

cantik layout baru...bile tukar...? keep it up!!

nur hayati said...

ko taw x.. dah lama tukar..tapi blog ni mcm pening sikit. dia x hapdate pun blog aku. hari ni baru dia dah sedar. sediihhhhhh hahaha