Monday, March 13, 2017

Penyelesaian kepada masalah bibir kering/luka

Assalamualaikum


Setelah lama menyepi (3 tahun ok), aku rasa terpanggil untuk kembali ke dunia blogger ni (poyonya hahaha) sebab nak kongsi perkara-perkara yang boleh membawa manfaat untuk semua.


Ok kalini aku nak kongsi tentang satu produk yang sangatlah bagus untuk orang-orang yang sedang mencari produk apakah yang berkesan untuk mengubati masalah bibir kering/bibir menggelupas/bibir luka berdarah/bibir kehausan kulit (boleh ek gitu haha). Mesti korang juga punya perasaan macam aku, hampir putus asa setelah mencuba banyak produk dan menghabiskan banyak duit untuk memulihkan masalah bibir. Akhirnya aku telah jumpa satu produk ni di Caring Pharmacy iaitu 'Fucicort'. Boleh rujuk gambar dibawah:


Fucicort 5g cream

Harga cream ni RM15 je. Kenapa 'je'? Sebab, apalah sangat RM15 tu jika nak dibandingkan dengan kesan penggunaannya yang sekarang ni bibir aku dah pulih sepenuhnya! bersyukur tak terkata. kita cuma berikhtiar, Allah jualah yang menyembuhkan. Lagipun, aku boleh claim dengan company hahahaha sebab tu lah cakap 'je' tadi. hihi..

Aku bukan lah orang yang bijak pandai untuk ulas kegunaan, apatahlagi kandungan cream ajaib ini. haha.. Tapi, menurut kata pharmacist kat Caring tu, dia kata, selain daripada bibir, anda juga boleh guna cream ini di mana mana bahagian badan yang luka, sebab ia sejenis antibiotic cream, insyaAllah berkesan.


Sebenarnya aku ada alergik, sebab tu lah bibir aku kadang-kadang luka sebab kering, kadang-kadang bengkak sebab makan seafood hahaha, kadang-kadang bibirku rasa sampai macam dah takde kulit. sebab ape nak tahu tak? sebab selama bibir aku kering, aku akan tonyoh banyak2 vaseline kat bibir.. tapi, aku perhati je, semakin lama aku pakai vaseline ni, semakin rosak bibir aku.. rosak tu maksudnya rasa macam dah takde kulit kat bibir. Terdetik rasa hati nak cek expired date... Rupa-rupanya!!! Dah setahun expired weh! hahaha patutla makin teruk! Petang tu jugak aku pegi beli vaseline baru. hahaha 


Pengajarannya, rajin-rajinlah tengok expired date masa nak beli barang mahupun masa nak guna barang yang dah lama ko tinggal! hahha.. balik rumah, aku kemas barang kosmetik yang dah lama tak pakai, hmm memang dah expired dan hampir sampai masa expired.. jaga-jaga naaa... 


Oh ya, aku tahu pasal cream ni pun hasil google je. Ada orang share pengalaman yang hampir sama dengan aku dan dia ok pakai cream ni. Then aku cuba dan serasi dengan aku. Korang pun boleh la cuba kalau ada masalah bibir ya.. Tak jamin sembuh tapi apa salahnya mencuba? 



Ok jumpa lagi di entry akan datang :)

No comments: