Monday, December 31, 2012

MERSING

Assalamualaikum

venue: mersing
date: july 2012
artis: yana, ninie, zati
motif: saje~ sempena berakhirnya tahun 2012

lets check it out ! 
(bak kata orang, "biar gambar berbicara") ceh !
 
 di sisir pantai yang indah~

::yana:: 

~romantika~

selamanya.. harimau malaya ! wuhuu~

thats all

Assalamualaikum :)


Thursday, December 13, 2012

Centella Asiatica

Assalamualaikum semua :)

Al-kisah, minggu lalu, first time i rasa jus pegaga. wohaaa. mak n bapak i memang selalu minum. untuk kesihatan. baguslah. senang je buat jus pegaga ni. mula2 basuh dan bersihkan pegaga. kemudian, masukkan ke dalam pengisar/blender bersama air secukupnya. blend dan tuang ke dalam cawan. siap! lebih senang drpd masak megi. tapi, masak air tetap dalam ranking 1st utk acara masak yg paling senang. hoho~ (acara la sgt~)

Kejadian ini terjadi masa mak i nak buat jus pegaga tu la. then, dapat 1 cawan setengah. 1 cawan tu, utk mak i minum. yg lagi setengah tu, kakak i mintak. then i tanya, "kak, sedap ke jus pegaga tu?". dia suruh i rasa. spontan i cakap, "eeee.. xnak lah. mesti pahit". dia kata cuba la dulu. i pun fikir, cuba je la rasa, kalau x, bila lagi. hirupan pertama: ok jugak rasanya. tak de lah pahit sangat. rasa tawar je. hirupan kedua: ok, aku tak boleh minum banyak2. uurrgghhh.. then, aku usulkan, "boleh letak gula tak?" haha. ape punya soalan daa.. tak ade lah keaslian jus tu kalau hang letak gula. adoi -_-"

(gambar hiasan: pegaga)

Tapi, pegaga ni walaupun kecil, banyak khasiatnya. Ia kaya dengan vitamin A dan C serta zat besi. Pegaga ada  nama saintifiknya iaitu centella asiatica. ceh! (kalau nama saintifik ni mesti macam susah je nak sebut. tak boleh ke cari nama senang sikit. ye dok?) So, let's check it out kebaikan pegaga~

Pegaga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. 

Ia juga boleh membangkitkan selera makan, membantu meredakan masalah penghadaman, mengatasi masalah buasir kerana mengandungi serat. Ia juga mampu melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid. Pegaga juga dijadikan ubat untuk merawat masalah keputihan yang menyebabkan faraj terasa gatal.

Air perahan daun pegaga juga dikatakan boleh menyejukkan badan dan elok diamalkan jika demam, atau lelah. Amalan minum air rebusan akar pegaga ini dipercayai boleh membantu mengawal paras gula dalam darah di kalangan pesakit kencing manis. Malah, ada yang menjadikannya sebagai minuman untuk menguruskan badan. Mengamalkan meminum jus pegaga juga dapat meningkatkan daya ingatan seseorang.

Tak susah pun nak tanam pegaga sebab lepas petik, dalam tempoh beberapa hari ia akan tumbuh semula dan bersilih ganti. So, tanaman ini tak memerlukan kawasan yang besar untuk menanamnya.

Selamat bercucuk tanam.
Selamat menikmati kebaikan pegaga dan ulam ulaman.
Selamat sihat!

Senyum selalu ^_^

Wassalam

Tuesday, December 4, 2012

ostrich punya burger

~Assalamualaikum~


akhirnya, dapat jugak rasa burger ostrich. wuhuuu~

ni yana la yang ajar kami. haha :D

komen: 
rasa boleh tahan sedap la. tapi, aku beli untuk rasa. bukan untuk beli kali kedua. haha XD 

lepas ni nak rasa burger lain pulak. 
burger rusa, burger arnab, dan banyak lagi. 
boleh didapati di gerai kuning di arked k9 (eh, tlg promote pulak ! )

till then, bye2~

wassalamualaikum.

Monday, December 3, 2012

saat


saat minda bercelaru
saat fikiran melayang
saat kerja menimbun
saat hati keliru
saat indah bahagia
saat rindu berkecamuk
saat menanti bulan
saat sabar memuncak
saat jantung berdegup



saat adalah saat

sesaat anda bazirkan, kesal tak sudah

kerna ia tidak menunggu

walau sesaat . . . 


senyum (^_^) lah setiap saat. anda akan rasa bahagia ~


Monday, November 26, 2012

Aku yang berdosa


Sejauh mana
Langkah ku di sana
Aku melupakan Mu
Seluas mana
Kau beri padaku
Masih ku angkuh pada-Mu
Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku
Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada-Mu
Atas dosaku
Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku
Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada-Mu
Atas dosaku
Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu

lirik lagu 'Aku yang berdosa' by shahir
insaf T_T

Friday, October 12, 2012

Bagaimana?


Bagaimana kita sangat pasti bahawa kita akan hidup untuk hari esok?

Hari esok milik Dia. Dia jualah yang menentukan hidup dan mati.

Masihkah sempat bertaubat untuk dosa-dosa hari ini dan hari lalu.

T_T 

p/s: peringatan untuk diri yang kerdil ini T_T

Thursday, September 20, 2012

menyesal

Assalamualaikum.


entri ini tiada kaitan dengan tajuk. 


(gambar hiasan. again, tiada kaitan dengan tajuk)


Ehem2. (batuk kecil). anyone here? takpelah kalau tinggal aku sorang je kat sini. it's ok. haha :D

Seusai aku menaip 'assalamualaikum' diatas tu, zati menegur "tengah buat ape tu??"
aaarrgghhhhh.. membantutkan aku punya semangat nak menaip ni. fuh~ -_-'

akhirnya, aku terpaksa memberitahu kepadanya hal yg sebenar bahawa aku sedang ingin mengupdate blog sape punya ntah ni. hahahaha :D

sudah ku beritahu kepadanya, aku hanya ingin membuat sedikit coretan shja. tiada isi yg bermanfaat mahupun memberi faedah kepada sesiapa yg membacanya. aku sarankan, stop baca entri ni. jangan scroll lagi. please. jika tidak, anda akan menyesal.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 (nak bagi entri panjang. haha :D)

bagi yang masih tidak berputus asa, takpelah kalau nak baca pun. tak sampai 5 minit pun. haha :D

hmm.. sekarang masih di lab. pukul 4.15pm. matlab tengah hang. ggrrrr!
time2 ni la dia nak hang kann. spoilkan mood aku je. takpe, masih ada banyak lagi tugasan yg sangat perlu dibuat. ha, menyesal tak baca? kan aku dah kata, bosan je entri ni. aku cuma nak buat coretan kebosanan je :P

ingatlah, masa itu sangat2 berharga. pasti menyesal jika kita tak manfaatkan sebaiknya. sebab apa? sebab, walau sesaat pun, kita tak boleh mengundur ke masa lalu. ya, walau sesaat. tapi, aku? kadang kala lupa akan keemasan masa tu. di bazirkan begitu sahaja. dibiarkan ia berlalu tanpa ada keberuntungan untuk masa hadapan. menyesal pun tiada guna. (eh, ada kaitan jugak tajuk ni dgn isinya) hahaha :D

oklah, masa pun mencemburui (betul ke?) aku. baik aku yang cemburu masa. sampai di sini sahaja entri sya untuk kali ini, jika ada masa yang sesuai, kita berjumpa lagi. salam rindu dari saya. hahaha :D

Assalamualaikum~

Friday, April 20, 2012

Comel sangat!

Assalamualaikum.

Salam jumaat yang penuh barakah :)

aku pencinta kucing. comel giler! (eh, tak baik la cakap giler2) comel sangat la kucing ni.. geram!! Grrr.

*tiada motif. hanya sekadar update blog. hahaha.*

sekian, jumpa lagi pada post yang akan datang! (err.. mungkin minggu depan? bulan depan? atau tahun depan?)


wassalam. senyum ^^,

Monday, February 13, 2012

kecil-kecil kamu telah mengerti ertinya kasih

Kisah seekor anak kucing yang kecil.

 gambar hiasan
  
Seekor anak kucing yang kecil mungil sedang berjalan-jalan di ladang pemiliknya. Ketika dia mendekati kandang kuda, dia mendengar binatang besar itu memanggilnya. Kata kuda itu : “Kamu pasti masih baru di sini, cepat atau lambat kamu akan mengetahui kalau pemilik ladang ini mencintai saya lebih dari binatang lainnya kerana saya mampu mengangkut banyak barang untuknya. Saya kira binatang sekecil kamu tidak akan bernilai sama sekali baginya”, ujarnya dengan sinis & bongkak.

Anak kucing yang kecil itu menundukkan kepalanya & pergi. Lalu dia mendengar seekor lembu di kandang sebelah berkata : “Saya adalah binatang yang paling terhormat di sini sebab tuan di sini membuat keju & mentega dari susu saya. Kamu tentu tidak berguna bagi keluarga di sini”, dengan nada mencemuh & bangga.

Teriak seekor keldai : “Hoi lembu! Kedudukanmu tidak lebih tinggi dari saya. Saya memberi mantel bulu kepada pemilik ladang ini. Saya memberi kehangatan kepada seluruh keluarga. Tapi kata-katamu mengenai anak kucing kecil itu, sememangnya kamu memang benar. Dia sama sekali tidak ada manfaatnya di sini.”

Satu demi satu binatang di situ ikut serta dalam percakapan itu sambil menceritakan betapa tingginya kedudukan & peranan mereka di ladang itu. Ayam pun berkata bagaimana dia telah memberikan telur. Semua binatang sepakat kalau si anak kucing yang kecil itu adalah mahluk yang tidak berguna sama sekali & tidak mampu memberikan apapun sumbangan kepada keluarga itu.

Terpukul oleh kecaman binatang-binatang lain, anak kucing yang kecil itu pergi ke tempat sepi & mulai menangis meratapi nasibnya. Sedih rasanya. Sudahlah yatim piatu, dianggap tidak berguna, disingkirkan dari pergaulan lagi.

Ada seekor anjing tua di situ mendengar tangisan tersebut, lalu mendengar keluh kesah si anak kucing yang kecil mungil itu. “Saya tidak dapat memberikan layanan kepada keluarga disini & sayalah haiwan yang paling tidak berguna disini.” Kata anjing tua itu : “Memang benar bahawa kamu terlalu kecil untuk menarik pedati, kamu tidak bisa memberikan telur, susu ataupun bulu. Tetapi bodoh sekali jika kamu menangisi sesuatu yang tidak bisa kamu lakukan. Kamu harus menggunakan kemampuan yang diberikan oleh Sang Pencipta untuk membawa kegembiraan & kebahagiaan. ”

Malam itu ketika pemilik ladang baru pulang & tampak amat lelah kerana perjalanan jauh di panas terik matahari. Anak kucing yang kecil itu lari menghampirinya, menjilat kakinya & melompat ke dalam pelukan tuannya. Sambil menjatuhkan diri ke tanah, pemilik ladang & anak kcuing yang kecil itu berguling-guling di rumput disertai tawa ria. Akhirnya pemilik ladang itu memeluk dia erat-erat & mengusap-usap kepalanya, serta berkata : “Meskipun saya pulang dalam keadaan letih, tapi rasanya semua jadi sinar & indah bila kau menyambutku semesra ini. Kamu sungguh yang paling berharga di antara semua binatang di ladang ini, kecil-kecil kamu telah mengerti ertinya kasih.”

Jangan sedih kerana kamu tidak dapat melakukan sesuatu seperti orang lain kerana memang tidak
memiliki kemampuan untuk itu, tetapi apa yang kamu dapat lakukan, lakukanlah itu dengan sebaik-
baiknya.. Dan jangan sombong jika kamu merasa banyak melakukan beberapa hal pada orang lain, kerana orang yang tinggi hati akan direndahkan & orang yang rendah hati akan ditinggikan.

"Everyone thinks of changing the world but no one thinks of changing himself.." (Leo Tolstoy)

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
“Bertaqwalah kepada Allah dimana jua engkau berada & balaslah perbuatan buruk dengan perbuatan baik nescaya kebaikan itu akan menutupi keburukan & bergaullah sesama manusia dengan akhlak yang baik.”
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

sumber: facebook
wassalam (^_^)