Thursday, December 13, 2012

Centella Asiatica

Assalamualaikum semua :)

Al-kisah, minggu lalu, first time i rasa jus pegaga. wohaaa. mak n bapak i memang selalu minum. untuk kesihatan. baguslah. senang je buat jus pegaga ni. mula2 basuh dan bersihkan pegaga. kemudian, masukkan ke dalam pengisar/blender bersama air secukupnya. blend dan tuang ke dalam cawan. siap! lebih senang drpd masak megi. tapi, masak air tetap dalam ranking 1st utk acara masak yg paling senang. hoho~ (acara la sgt~)

Kejadian ini terjadi masa mak i nak buat jus pegaga tu la. then, dapat 1 cawan setengah. 1 cawan tu, utk mak i minum. yg lagi setengah tu, kakak i mintak. then i tanya, "kak, sedap ke jus pegaga tu?". dia suruh i rasa. spontan i cakap, "eeee.. xnak lah. mesti pahit". dia kata cuba la dulu. i pun fikir, cuba je la rasa, kalau x, bila lagi. hirupan pertama: ok jugak rasanya. tak de lah pahit sangat. rasa tawar je. hirupan kedua: ok, aku tak boleh minum banyak2. uurrgghhh.. then, aku usulkan, "boleh letak gula tak?" haha. ape punya soalan daa.. tak ade lah keaslian jus tu kalau hang letak gula. adoi -_-"

(gambar hiasan: pegaga)

Tapi, pegaga ni walaupun kecil, banyak khasiatnya. Ia kaya dengan vitamin A dan C serta zat besi. Pegaga ada  nama saintifiknya iaitu centella asiatica. ceh! (kalau nama saintifik ni mesti macam susah je nak sebut. tak boleh ke cari nama senang sikit. ye dok?) So, let's check it out kebaikan pegaga~

Pegaga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. 

Ia juga boleh membangkitkan selera makan, membantu meredakan masalah penghadaman, mengatasi masalah buasir kerana mengandungi serat. Ia juga mampu melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid. Pegaga juga dijadikan ubat untuk merawat masalah keputihan yang menyebabkan faraj terasa gatal.

Air perahan daun pegaga juga dikatakan boleh menyejukkan badan dan elok diamalkan jika demam, atau lelah. Amalan minum air rebusan akar pegaga ini dipercayai boleh membantu mengawal paras gula dalam darah di kalangan pesakit kencing manis. Malah, ada yang menjadikannya sebagai minuman untuk menguruskan badan. Mengamalkan meminum jus pegaga juga dapat meningkatkan daya ingatan seseorang.

Tak susah pun nak tanam pegaga sebab lepas petik, dalam tempoh beberapa hari ia akan tumbuh semula dan bersilih ganti. So, tanaman ini tak memerlukan kawasan yang besar untuk menanamnya.

Selamat bercucuk tanam.
Selamat menikmati kebaikan pegaga dan ulam ulaman.
Selamat sihat!

Senyum selalu ^_^

Wassalam

1 comment:

Nadiaz Namikaze said...

haha. project undergrade aku dulu.