Monday, May 20, 2013

#throwback X-REK 2010

Assalamualaikum ^^,

Bila mukhayyam (baca: camping) nak dekat dah, terimbau kembali kenangan2 mukhayyam lepas. Lepas tu teringat pulak yang aku tak habis tulis pasal cerita tu. Adeh -.-"

Kalau nak baca cerita tu dulu, sila tengok di SINI

Aku tulis cuma sampai check point 3 je. Dah 3 tahun, baru nak sambung. Bagus sangat tu, Hayati. Tu pun sebab semalam duk borak dengan zati, nini dan hajar pasal camping ni la. Sampai dekat kul 11 malam. Itu dah menjadi perkara biasa. huihuihui. Aku akan cerita roughly je la.

*     *     *

Check point seterusnya, kami merentas sungai kecil yang ada lumpur. Time ni, faci suruh lumurkan lumpur tu kat muka ahli2 kumpulan. Ha, ape lagi, masing2 suka la nak conteng muka kat orang. Muka semua jadi hitam je. Tak boleh bersihkan pula tu sampai check point akhir. Kemudian jalan ikut tali merah, sampailah check point seterusnya. Kami diberi task untuk cari 5 ekor nyamuk hidup, 5 pacat, 5 semut hitam. Kitorang bagi2 tugas, aku kena tangkap nyamuk hidup. Agak susah jugak tapi semua dapat kecuali pacat. Sebenarnya takde pun pacat kat situ. sigh -.-" Check point seterusnya lebih kurang 'fear factor' la. 3 check point utk task ni. biasalah, kalau cakap pasal fear factor mestilah makan benda2 yang menggelikan. 

Untuk check point first, ahli kumpulan kena syura pilih seorang sahaja yang nak makan benda tu. Kumpulan aku ada seorang yang volunteer. Fuh.. nasib baik. Berdebar2 ni nak tahu ape makanan tu. Kitorang dah fikir ulat ke, belalang ke. Rupa-rupanya, coklat. Ah, rugi2 tak offer diri. Next check point kena makan halia dan kopi pahit gile. Rasanya kopi tu banyak serbuk daripada air. Time ni aku belum kena makan sebab dah ada ahli group yg offer diri. Next check point baru la kena. Aku kena makan wasabi wei. Pedas satu hal. Bila dah sendawa tu, rasa lah ketidaksedapan itu. Ada jugak yang kena makan bawang putih, ikan kering. Selain tu aku tak ingat. Tak silap aku ada lagi 2 jenis makanan. 

Hari pun makin petang dan tinggal 1 je lagi check point, iaitu tasmi'. Sepanjang perjalanan kami tadi, kami kena hafal 2 ayat Quran. Berkaitan dengan persaudaraan. Dan last check point tu, semua lepas. Yang bestnya, kami solat asar di tepian pantai tu sebab nak kejar waktu. Indah sangat solat berjemaah bersejadahkan pepasir pantai. Benda ni lah yang susah kita nak dapat drpd camping2 biasa. Balik khemah, mandi, uruskan diri, solat berjemaah dan makan. Kemudian kami di suruh tidur sebentar kerana pukul 2 pagi semua kena masuk hutan menjalankan task seterusnya. 
 
*     *     *

Pukul 2 pagi. Dalam keheningan pagi itu, kami bergerak secara berkumpulan dalam keadaan hujan renyai-renyai memasuki hutan yang gelap. Bulan pun tidak mahu menunjukkan dirinya dek kerana awan yang menutupi. Kami hanya dibekalkan 2 batang lilin. Bayangkan, sudahlah hujan, acuh tak acuh je api tu membakar lilin. Apa yang menariknya, untuk memastikan jalan yang kami lalu tu betul, kami kena bersama2 jerit *huuud huuud*. Faci yang jaga kawasan tu akan respond balik *huuud huuud*. ehe, comel tak kak ton. (tiba2). Sepanjang perjalanan tu, memang bergantung 100% pada Allah. Nak dipendekkan cerita, kami sampai ke kem dekat waktu subuh dalam kesejukan hujan + angin laut. menggigil tak terkata. Khemah pun dimasuki air. Lepas solat subuh, aku, hajar dan zati balik ke khemah berborak2 sambil tunggu fasi panggil untuk berkumpul. Bila rasa macam dah lama sangat duk dalam khemah tu, tinjau2, rupanya semua dah berkumpul. ishk, buat malu je. Last day tu hanyalah perkongsian drpd peserta2. 

Mukhayyam ni bukan seperti camping2 biasa. Penat aku sekurang2nya penat yang bermanfaat. Dapat sesuatu yang berguna untuk akhirat. Mengajar aku perihal infak sebenar dan kebergantungan pada Allah. Secara keseluruhannya, mukhayyam ini diadakan untuk memahami sebuah perjalanan dakwah, untuk menghayati semula peristiwa Badar Al-Kubra dan untuk bersama dengan 'Alam yang mentauhidkan Allah SWT. Oh, ya.. sebelum naik bas, fasi2 pulangkan semula barang2 yang kononnya wajib di infakkan. Oh, dunia. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang cinta dunia lebih daripada akhirat.



peserta2 perempuan


Mukhayyam kali ni memang best. Sebenarnya ada 2 lagi check point yg aku x cerita sbb agak complicated. hehe. Mukhayyam selepas mukhayyam ni bertemakan Sultan Al-Fateh. Tapi tak dapat join sebab time tu praktikal. So, insyaAllah bulan 6 nanti akan ada mukhayyam ke Gunung Berlumut. Gunung Berlumut ni gunung kedua tertinggi di johor selepas Gunung Ledang. Ketinggiannya 1, 010 meter. Mak aiiihh. Sedangkan Gunung Arong  yang rendah sikit hari tu pun dah sakit2 kaki. Ni yang kena tingkatkan balik stamina ni. 

p/s: terima kasih kepada zati & ninie sebab teman jogging petang2. huehuehue 

Macam tak best je cerita aku sebab malas nak tulis panjang2. hahaha. Apepun, terima kasih sudi baca ^^,

Moga2, mukhayyam kat gunung berlumut nanti baik2 saje. Doakan saya.


"Rahib di malam hari,
Singa di siang hari."

Itu saje. Wassalam.

^_^


Thursday, May 9, 2013

Daun Betik katanya~


Assalamualaikum

gambar ehsan en.google

Nampaknya, lama betul dah tak hapdate. Dah sebulan rupanya tak coret2 kat sini. Banyak je rasanya nak tulis. Tapi ngak punya waktu yang terluang untuk ini. (tiba2 slang indon sbb tengah dengar lagu rossa). Ok, straight to the point. Cuti mengundi hari tu first time ok, aku minum air rebusan daun betik. Cerita dia bermula bila bapaku minum air yang berwarna seakan tebu itu. Dialog antara kami lebih kurang begini:


Aku: Kenapa bapak minum air daun betik ni?
Bapa: Abah dulu, sejak sebelum kawin lagi, setiap hari kena minum air ni. 'Mbah Man' (bapa kepada bapaku) yang suruh minum. Banyak khasiat katanya. Selagi tak minum, tak boleh makan nasi. Jadi, sampai sekarang abah minum sebab dah terbiasa dari kecil dulu.


Hah! Dahsyat tak dahsyat. Garang rupanya mbah man tu. Maklumla, aku tak berkesempatan berjumpa, mahupun melihat wajahnya. Tiada gambar untuk ku melihat bagaimana agaknya rupa atukku itu. Aku sedikit  teruja. Terasa ingin mengenali atukku lebih jauh lagi. Bagaimana sifatnya, rupanya, dan macam2 lagi. 


Aku: Fuiyoo.. Garangnya mbah man.
Bapa: Mbah Man memang garang. Kalau nasi tengah panas, time tu abah nak makan, dia tolak pinggan tu suruh tunggu nasi tu sejuk sikit, baru makan. Nanti, gigi tahan lama.
Aku: Oooo.. patutlah gigi bapak masih tahan lagi sampai sekarang.

nota kaki: walaupun kami panggil 'bapak', dia akan bahasakan dirinya 'abah'.


Orang lama ni memang banyak petua kan? Guna bahan2 original lagi. Tiada bahan kimia. Pokok betik ni selain buahnya beri banyak kebaikan dan juga sedap, daunnya juga banyak khasiat. Rebus daun betik tu, kemudian minum airnya bila dah agak suam2 la. Daunnya yang telah direbus itu pula tak perlu dibuang, boleh dimakan sebagai ulam-ulaman.  Antara khasiat daun betik ni, ia menstabilkan tekanan darah dalam badan kita. Bila google khasiat daun betik ni, ada juga yang tulis, boleh merawat demam malaria.

Nak tahu rasanya? Cubalah. Sudah pastilah pahit. Yang pahit itukan biasanya baik untuk badan. Ubat dari hospital juga pahit kan? Tapi, bukan nak katalah, memang pahit sepahit pahitnya. Bila nak minum, aku teguk laju2 sambil menahan nafas dengan harapan tak akan rasa pahit. Bila dah telan, mak aiiii.. masih rasa pahitnya di kerongkong. Terus cepat2 minum air masak. Kurang sikit tapi still rasa. Eeuuuwww. Aku cuma minum 2 teguk. Tak larat den. Bila aku tanya mak, "Mak tak minum ke?" Mak kata mak makan daunnya aje, buat ulam. Elok la. Bapa minum airnya, mak makan daunnya. Terbaik laaa. 

Bila lah aku nak contohi mereka makan daun2 berkhasiat yang pahit tu? O_o

(^^,)

~Wassalam~