Wednesday, March 15, 2017

3 Hari ber'Pizza Hut'

Assalamualaikum

Minggu lepas tak dan nak update blog pasal pizza hut ni. Haha..

RABU
Alkisahnya petang hari rabu tu kawan aku si tika azis nak p isi minyak kereta kat petronas, dan2 ada pizza hut kat situ. Perut pun masing-masing lapo. Ape lagi pekena la spaghetti dia. 

Spaghetti Bolognese (regular) RM13.90  
KHAMIS
Esoknya pulak, nak di jadikan cerita, kawan aku si jaja pulak p share kat whatsapp group, katanya kalau isi survey pizza hut, boleh dapat free mushroom soup dengan garlic bread. Kitorang ape lagi…., pantang dengar benda free ni..  Pakat la bukak website pizza hut.. Tapi nak isi survey tu kena ada beberapa maklumat resit. Maknanya, barulah kami tahu yang kena ada resit pizza dulu, baru boleh p isi survey. Terus aku cek dalam beg ada ke tidak resit semalam. Mujur tak buang lagi.. hihi.. Nampak tak kebetulannya di situ. Haha.. dan2 je semalam makan pizza kan..


Muka lapar semuanya haha
Petang lepas ofis hour, kitorang ape lagi, serbu la pizza hut sebab dah isi survey tu.. Lagipun, dah lama tak makan pizza hut.. Teringin pulak fries dia yang sedap tu.. Sebab sedap sangat, tak sempat nak ambil gambar, dah licin dah weh. Haha spesies pirana diorang ni.. Kami berlima, tapi ambil set yang 4 orang pun ok sebab kan dapat free mushroom soup (sebab isi survey tu), so sorang dapat satu la.. makan punya makan punya makan, satu pizza dan chicken stick tak dapat lagi, sampai kering tangan kami tunggu.. lebih setengah jam jugaklah.. sampai staff dia datang tanya, ada order yang belum dapat ke? Rupa-rupanya, order kitorang memang dah masuk system, tapi orang kat dapo tak dapat pesanan tu. Paham tak? Hahaha alah, maksudnya system down la time tu, diorang tak dapat pesanan tapi kat resit ada tulis dah.. pastu tunggu lagilah diorang baru nak buat. Chicken stick pulak macam bukan chicken, rasa macam fish fillet. Hmmm lantak la nak.. kami dah malas nak gaduh2 hahaha makan aje habiskan.. Semalam masa beli spaghetti tu dapat voucher rm5, so dapat la guna voucher tu harini.. Dah maghrib time tu, solat kat surau baru bangunan ofis kami. Kami pun balik ke sarang masing-masing.. haha

JUMAAT
Esoknya, nak kira-kira sorang bayar berapa kan, kemudian barulah perasan yang cashier dia salah kira.. Dia tak tolak voucher rm5 kami semalam. Sudahnya, kami lunch di pizza hut lagi sebab nak settle kan pasal salah kira tu. Mujur pizza hut ada buat lunch express dengan hanya RM 8.90 sahaja boleh dapat pizza personal/spaghetti regular + mushroom soup + air.. 

Lunch express
Berbaloi kan? Kami sempat lagi isi survey tu, so dapatlah lagi percuma mushroom soup + garlic bread. Haha manfaatkan semua yang ada dan masalah salah kira tu pun selesai..

Itulah kisahnya 3 hari berturut-turut kami berpizza hut. Mungkin lepas ni 13 bulan kot tak makan pizza hut. Tak larat nak oii..

No comments: