Tuesday, April 25, 2017

Hikmah dalam musibah

Assalamualaikum

"Setiap yang berlaku, ada hikmahnya."

Semalam, masa nak balik ke Setia Alam dari Batu Pahat, aku singgah ke kedai kerepek untuk beli kerepek kiriman rakan sekerja dan untuk aku makan sebagai kudap-kudapan. Benda ni berlaku seperti biasa, tiada yang pelik, semua berjalan seperti biasa. Aku keluar kereta, kunci, kemudian pilih kerepek, bayar, masuk semula kereta, dan memandu seperti biasa. Sehinggalah, terasa kurang selesa di bahagian tapak kaki (aku jenis drive bukak kasut haha..) dan ada macam bau yang kurang enak. Aku pun intailah kat kaki. Subhanallah... tahi kucing! Aku terpijak tahi kucing kat kedai kerepek tadi! Masih fresh, lembek diselaputi pasir. Aarrrggghhhh..... Lepas tu pulak dan2 ada road block. Buat muka cool je.. Kereta depan semua tak kena tahan, aku bajet dia pun tak tahan aku.. sampai turn aku, dia suruh berhenti, tengok-tengok seolah-olah aku ada buat salah. Aku pun turunkan cermin kereta, dan senyum. Dia tengok muka, dan tanya dengan nada sinis, "ada lesen?" Jawabku, "ada", sambil tunjukkan lesen. (dalam hati aku, kenapa? tak percaya ke? haha) Kemudian dia tanya lagi sekadar untuk sembang, "nak kemana?" Jawabku nak ke KL (walaupun sebenarnya selangor, entah kenapa aku jawab KL haha) "KL?" Ujarnya dengan nada pelik. (dalam hati aku, kenapa? tak percaya ke? haha sekali lagi) "Berhati-hati di jalan raya", pesannya. Aku pun terus menelusuri jalan raya dengan cuaca yang sepoi2 macam nak hujan tapi tak hujan padahal masa tu dah pukul 11 pagi. Dan baru terfikir, agaknya masa aku buka tingkap kereta tu mesti polis tu bau tahi kucing kan. Spoil.

Ok berbalik kepada cerita tahi kucing tu, sepanjang perjalanan tu aku fikir macamana nak selesaikan masalah ni. Tak tahan juga dengan bau yang semerbak ni. Selesa pun tak juga. Isi minyak di Shell, nampak tong sampah, ingat nak buang je carpet kereta tu dengan kasut sekali, tapi takde pulak kasut extra dalam kereta. Hadui. Lepas isi minyak tu, singgah kedai Chuan Aik beli selipar. Melayang Rm14.90. Carpet kereta dan kasut pun aku buang dalam tong sampah. Lega. Masalah selesai. Tengok2 jam, dah hampir jam 12 tengah hari. Wah, sejam juga drag masa kat situ. Jam 2.15pm aku sampai di Setia Alam. Alhamdulillah. Jalan  pun tak jem. Jem tempat biasa kejap je kat Seremban tu.

Mungkin hikmah yang aku tak nampak adalah Allah dah drag masa perjalanan aku. Mungkin Allah elakkan aku daripada musibah musibah lain yang lebih besar. 


Wednesday, March 15, 2017

3 Hari ber'Pizza Hut'

Assalamualaikum

Minggu lepas tak dan nak update blog pasal pizza hut ni. Haha..

RABU
Alkisahnya petang hari rabu tu kawan aku si tika azis nak p isi minyak kereta kat petronas, dan2 ada pizza hut kat situ. Perut pun masing-masing lapo. Ape lagi pekena la spaghetti dia. 

Spaghetti Bolognese (regular) RM13.90  
KHAMIS
Esoknya pulak, nak di jadikan cerita, kawan aku si jaja pulak p share kat whatsapp group, katanya kalau isi survey pizza hut, boleh dapat free mushroom soup dengan garlic bread. Kitorang ape lagi…., pantang dengar benda free ni..  Pakat la bukak website pizza hut.. Tapi nak isi survey tu kena ada beberapa maklumat resit. Maknanya, barulah kami tahu yang kena ada resit pizza dulu, baru boleh p isi survey. Terus aku cek dalam beg ada ke tidak resit semalam. Mujur tak buang lagi.. hihi.. Nampak tak kebetulannya di situ. Haha.. dan2 je semalam makan pizza kan..


Muka lapar semuanya haha
Petang lepas ofis hour, kitorang ape lagi, serbu la pizza hut sebab dah isi survey tu.. Lagipun, dah lama tak makan pizza hut.. Teringin pulak fries dia yang sedap tu.. Sebab sedap sangat, tak sempat nak ambil gambar, dah licin dah weh. Haha spesies pirana diorang ni.. Kami berlima, tapi ambil set yang 4 orang pun ok sebab kan dapat free mushroom soup (sebab isi survey tu), so sorang dapat satu la.. makan punya makan punya makan, satu pizza dan chicken stick tak dapat lagi, sampai kering tangan kami tunggu.. lebih setengah jam jugaklah.. sampai staff dia datang tanya, ada order yang belum dapat ke? Rupa-rupanya, order kitorang memang dah masuk system, tapi orang kat dapo tak dapat pesanan tu. Paham tak? Hahaha alah, maksudnya system down la time tu, diorang tak dapat pesanan tapi kat resit ada tulis dah.. pastu tunggu lagilah diorang baru nak buat. Chicken stick pulak macam bukan chicken, rasa macam fish fillet. Hmmm lantak la nak.. kami dah malas nak gaduh2 hahaha makan aje habiskan.. Semalam masa beli spaghetti tu dapat voucher rm5, so dapat la guna voucher tu harini.. Dah maghrib time tu, solat kat surau baru bangunan ofis kami. Kami pun balik ke sarang masing-masing.. haha

JUMAAT
Esoknya, nak kira-kira sorang bayar berapa kan, kemudian barulah perasan yang cashier dia salah kira.. Dia tak tolak voucher rm5 kami semalam. Sudahnya, kami lunch di pizza hut lagi sebab nak settle kan pasal salah kira tu. Mujur pizza hut ada buat lunch express dengan hanya RM 8.90 sahaja boleh dapat pizza personal/spaghetti regular + mushroom soup + air.. 

Lunch express
Berbaloi kan? Kami sempat lagi isi survey tu, so dapatlah lagi percuma mushroom soup + garlic bread. Haha manfaatkan semua yang ada dan masalah salah kira tu pun selesai..

Itulah kisahnya 3 hari berturut-turut kami berpizza hut. Mungkin lepas ni 13 bulan kot tak makan pizza hut. Tak larat nak oii..

Monday, March 13, 2017

Penyelesaian kepada masalah bibir kering/luka

Assalamualaikum


Setelah lama menyepi (3 tahun ok), aku rasa terpanggil untuk kembali ke dunia blogger ni (poyonya hahaha) sebab nak kongsi perkara-perkara yang boleh membawa manfaat untuk semua.


Ok kalini aku nak kongsi tentang satu produk yang sangatlah bagus untuk orang-orang yang sedang mencari produk apakah yang berkesan untuk mengubati masalah bibir kering/bibir menggelupas/bibir luka berdarah/bibir kehausan kulit (boleh ek gitu haha). Mesti korang juga punya perasaan macam aku, hampir putus asa setelah mencuba banyak produk dan menghabiskan banyak duit untuk memulihkan masalah bibir. Akhirnya aku telah jumpa satu produk ni di Caring Pharmacy iaitu 'Fucicort'. Boleh rujuk gambar dibawah:


Fucicort 5g cream

Harga cream ni RM15 je. Kenapa 'je'? Sebab, apalah sangat RM15 tu jika nak dibandingkan dengan kesan penggunaannya yang sekarang ni bibir aku dah pulih sepenuhnya! bersyukur tak terkata. kita cuma berikhtiar, Allah jualah yang menyembuhkan. Lagipun, aku boleh claim dengan company hahahaha sebab tu lah cakap 'je' tadi. hihi..

Aku bukan lah orang yang bijak pandai untuk ulas kegunaan, apatahlagi kandungan cream ajaib ini. haha.. Tapi, menurut kata pharmacist kat Caring tu, dia kata, selain daripada bibir, anda juga boleh guna cream ini di mana mana bahagian badan yang luka, sebab ia sejenis antibiotic cream, insyaAllah berkesan.


Sebenarnya aku ada alergik, sebab tu lah bibir aku kadang-kadang luka sebab kering, kadang-kadang bengkak sebab makan seafood hahaha, kadang-kadang bibirku rasa sampai macam dah takde kulit. sebab ape nak tahu tak? sebab selama bibir aku kering, aku akan tonyoh banyak2 vaseline kat bibir.. tapi, aku perhati je, semakin lama aku pakai vaseline ni, semakin rosak bibir aku.. rosak tu maksudnya rasa macam dah takde kulit kat bibir. Terdetik rasa hati nak cek expired date... Rupa-rupanya!!! Dah setahun expired weh! hahaha patutla makin teruk! Petang tu jugak aku pegi beli vaseline baru. hahaha 


Pengajarannya, rajin-rajinlah tengok expired date masa nak beli barang mahupun masa nak guna barang yang dah lama ko tinggal! hahha.. balik rumah, aku kemas barang kosmetik yang dah lama tak pakai, hmm memang dah expired dan hampir sampai masa expired.. jaga-jaga naaa... 


Oh ya, aku tahu pasal cream ni pun hasil google je. Ada orang share pengalaman yang hampir sama dengan aku dan dia ok pakai cream ni. Then aku cuba dan serasi dengan aku. Korang pun boleh la cuba kalau ada masalah bibir ya.. Tak jamin sembuh tapi apa salahnya mencuba? 



Ok jumpa lagi di entry akan datang :)

Friday, February 21, 2014

Country Garden

Assalamualaikum


Hai. Hari ni tetibe rasa nak tulis review pasal country garden kat jb ni. Tempat tu tak siap sepenuhnya pun lagi. Tapi tersinggah pulak 15 feb hari tu. Tak rancang pun nak pergi. Balik dari ngajo tuisyen tu, tetibe jaja n k.farah ajak singgah country garden ni. Saje la nak tengok2. 


Rupanya! Cantik sangat tempat ni. Sesuai untuk snap2 gambar bersama kawan2, family. Even pengantin pun ada buat photoshoot kat situ hari tu. Kerlas sgt! Jom kita tengok sedikit gambar2 yang saya nak kongsikan.


duduk2 santai dulu sambil menikmati angin2 petang


Lepas tu, jumpa pantai cantik ditaburi pasir putih. Cantik, cantik dan cantik. Subhanallah. Segala pujian kepada Allah yang mencipta alam ini. Time ktorg pegi ni, tak ramai orang. Maybe sebab time tu orang jb pegi stadium kot tengok bola. JDT match dengan sape ntah. Ngee~ Untung la jugak sebab senang dapat parking.


rasa nak lepak lama sikit. tapi dah nak senja.


Lepas dah puas duduk tepi pantai dengan angin yang sangat sporting, jalan lagi area situ, nampak pulak showroom. Wah! mewah betul showroom kat situ. Memang 5 stars la. Sebelum tu, layan dulu gambar 3D ni. Comel2.


boleh la berangan berus gigi shark kat sini.

even toilet pun macam hotel 5 bintang

Ok, itu sampai sini saje la cerita saya. Disarankan pergi waktu petang sebab tak panas sangat. Pagi pun ok jugak tapi tengahari macam tak berapa sesuai. Jadi, pergilah ke sini merehatkan mata. Free je masuk. Tapi, tak tahulah kalau dah siap nanti kena bayar pulak kan. 


p/s: Kat situ pun ada macam pameran (kot) candy crush, ais krim, dan banyak lagi. Tapi belum siap dan belum dibuka lagi. Katanya, Country Garden ni next Sentosa yang kat Singapura tu. Katanya la (ekceli, dia tulis kat banner macam tu). Lebih kurang la.....


Sunday, February 9, 2014

Wisdom Tooth

Assalamualaikum

Hai semua! (senyum sambil menahan sakit gusi)


First day semester baru ni, belum ape2, aku dah ambil cuti. Bengkak gusi woo.. sakit T_T Bengkak gusi disebabkan pertumbuhan gigi bongsu aku yang terakhir (hopefully). Biasanya, kalau gigi bungsu ni nak tumbuh, mesti demam. Kira macam pakej 3 in 1, tambah satu lagi pening kepala.

gambar ehsan en.google

Untuk manusia normal, gigi bongsu ada 4 batang. 2 atas dan 2 bawah. Biasanya mereka akan mula memunculkan diri pada usia 18 hingga 30 tahun. Aku, hari ini, berusia 23 tahun 8 bulan 0 hari (ehem.. belum officially 24) dah ada 3 batang gigi bongsu yang tumbuh dengan cantik atau dengan kata lain, tak senget. Tumbuh pada paksi yang betul. Cuma... yang ke-4 dan yang last ni.. tumbuh senget ke arah pipi dan tumbuh secara berperingkat. sedikit demi sedikit. Setiap kali gigi yang last ni tumbuh, mesti bengkak dia sakitnya melampau2. huhu T_T Dua gigi bongsu bahagian atas, aku tak sedar bila dia tumbuh -.-"

Salah satu cara untuk mengurangkan rasa sakit ni, selain jumpa dentist, aku search je kat google, kumur dengan air garam suam. Bila aku nak buat tu, tak tahulah. Aku memang malas nak buat benda2 macam ni. Selalunya, mak yang buatkan. hihi.. Selain tu, banyakkan minum air kosong. Aku share tips yang mudah dibuat je. Tips lain, boleh search je kat google. Ramai blogger2 hebat sharing tips ni.

So, bila dah sakit macam ni, apa2 kerja pun tak senang nak buat. Nak cakap pun susah sebab kesukaran membuka rahang mulut. Apetah lagi nak telan air liur. Sakitnya.. Terus hilang selera makan. Rasa tak nak makan ape2. Tapi, kalau lapar nak buat macamana. Boleh kurus macam ni. haha #tipsdiet lol

Obviously, pipi bengkak sebelah. 

Aku taknak jumpa dentist. Takut kena cabut gigi. Kalau doktor susah nak cabut gigi bongsu yang senget tu, dia akan cabut gigi sebelahnya untuk memudahkan gigi bongsu tu tumbuh di ruang yang mencukupi. Aku tak suka jumpa dentist. Dari darjah 1.. darjah 1.. (ikut rentak lagu pencuri)

  

Saturday, June 29, 2013

Gunung Berlumut, Kluang

Assalamualaikum semua!!

Entri kali ni nak story mory pasal my experience hiking kat gunung belumut, kluang. Pernah naik tak? Yang dah ada experience, mesti tahu susah senang, pahit manis, and sweet sour nya mendaki gunung tu kan. Orait, so, let's begin. Yuuhhuuu~~

konvoi berkereta ke gunung berlumut

Pagi 22 Jun 2013, jam 8 pagi, semua peserta berkumpul untuk mendengar briefing sebelum hiking. Renjer berpesan, kalau dah jam 2 petang, walaupun belum sampai puncak gunung, tetap kena turun. Yelah, ia risiko kalau kita tak keluar dari hutan tu sebelum malam. Pasukan kami menetapkan masa berkumpul iaitu semua peserta mesti ada di basecamp jam 6 petang . Fuh -.-"

cuaca di kluang yang agak jerebu

Kami diberi glukose sesudu seorang untuk dimasukkan ke dalam air kosong. Kami juga di suruh membawa bekalan makanan sendiri sepanjang perjalanan mendaki dan juga untuk lunch di puncak nanti. Lunch sangat. hoho. Antara yang di suruh bawa, coklat bar, 100 plus dan lain2. Aku lupa nak beli 100 plus. Cuma bawa air kosong yang dipaksa disuruh isi dengan glukose, coklat bar dan juga gula-gula. Bagi aku, gula-gula sangat penting untuk aku semasa hiking. Yang pertama sebab mudah di makan semasa mendaki. Yang kedua, sedikit sebanyak dapat bagi energy dikala aku kepenatan. Air pula, aku bawa botol air kecil je. Kalau bawa botol air besar, buat berat beg je nak mendaki nanti. Jadi satu bebanan pula. Oh ye, tak lupa juga bawa tuala kecil untuk lap peluh. So sweet :P

Yang aku rasa lagi tercabar, fasi2 suruh jaga sesuatu benda pulak. Kira macam amanah yang perlu di jaga lah. As expected, benda tu adalah biskut cracker yang mudah rapuh tu. Urrgghh. Kat mana pulak aku nak letak benda tu. At last, aku letak dalam tuala kecil yang aku bawa tu. Berguna juga la bukan untuk lap peluh, untuk letak anda, wahai biskut. hukhukhuk. Then, haruslah stretching dulu kan untuk bagi otot2 tu bangun dari tido. wuwuwu~

kena warming up betul-betul supaya nanti tak krem kaki

Kami gerak mendaki secara berkumpulan. 4 kumpulan overall. Setiap 1 kumpulan ada 1 renjer yang guide. 1 kumpulan around 12-15 orang. Lelaki haruslah jalan di hadapan. Menjadi pemimpin kepada perempuan. Ceh! Yang perempuan ni kan tak cukup stamina ayu, haruslah dibelakang. hehe. Sebelum sampai ke puncak, mesti melalui 4 check point. Katanya, check point 3 ke 4, kecuramannya 90 degree ok! Apa pun, sebelum naik tu, betulkan niat dan reset minda supaya sentiasa positif. Mungkin kalau fizikal tak mampu, mental masih mampu untuk sampai ke puncak. Aku tak tahu nak set masa berapa minit untuk ke setiap check point sebab kami tidak dibenarkan memakai jam sepanjang camping ni. Anggaran untuk ke check point pertama tu, dalam 15-20 minit kot. Time ni, aku dah penat sikit dah. Apelaa. Hahaha. Gula-gula memang sentiasa ada kat kocek seluar. Rehat sekejap di check point 1. Kemudian, teruskan perjalanan ke check point 2. Time ni semua ahli kumpulan masih cukup dan gerak bersama-sama walaupun kadang2 aku suka berhenti2. 

Kami group ke-2 mendaki gunung. yeah~

Untuk ke check point 2 ni, agak jauh sikit dan lebih curam drpd sebelum ni. So, memang peha dah rasa sakit sebab kena melangkah besar dan jauh pula tu. Aku  dan beberapa ahli group aku memang dah tertinggal sebab ktorang suka berhenti2. Suka-suka je buat check point sendiri. Tapi, berhenti tak lama pun. Minum air je. Bila dah sampai kat check point 2, aku rasa aku berjalan dengan group lain, group selepas aku. Tapi, takpe, asalkan jangan jalan sendiri. Mesti berkumpulan. Sepanjang hiking tu, aku rasa aku medaki dengan berlainan partner. Kejap2 dengan azie n nazirah. Kejap2 dengan nina. Kejap2 dengan k.muni. Yang bestnya, kalau antara kami rasa penat dan patah semangat, masing-masing akan cheer up, bagi semangat "sikit lagi nak sampai check point", walaupun hakikatnya jauh lagi. huhu. Kalau dengar suara macam riuh je tu, dah dekat la tu dengan check point. Fuh~ Memang penat.

4 gambar ni, aku ambil dari en.google

Gambar kat atas ni tak cukup curam. Cubalah anda pergi dan rasai sendiri. Memang mendongak nak tengok orang atas kita. Check point 3 ke 4 memang 100% curam. Err, mybe 90%. Hehe. Memang memerlukan khidmat tangan juga untuk mendaki. Bukan sekadar kaki. Masa aku mendongak ke atas, serius, aku rasa, boleh ke aku daki ni? Tak sempat nak fikir panjang, diorang dah naik. Baru lah aku terkedek2 nak naik. Ini laluan naik, ini juga laluan untuk turun. Laluan air juga. Mujur tak hujan. Kalau hujan, sudah tentu licin, dan susah untuk mendaki. Memang guna kudrat tangan untuk mencapai pokok, batu besar dan sebagainya. Tak mampu rasanya kalau tengok atas. Jadi, aku semat dalam hati, teruskan je mendaki. Jangan tengok atas. Dan memang tak dinafikan, dalam hati, selalu persoalkan, "kenapa perlu naik semua ni?" , "bila nak sampai ni?" , "bila nak balik? aku dah tak larat lagi". Tapi, ni semua tak sia-sia kalau kita tahu matlamat sebenar kan? Dalam masa yang sama, aku juga memohon pertolongan kepada Allah supaya diberi kekuatan untuk sampai ke puncak. Itulah yang sebaiknya kan? Kadang2, untuk tak nak fikir penat tu, aku tengok sekeliling aku, banyak pokok-pokok yang tak pernah nampak, ada yang besar sangat dan angin juga sangat best bila kita dah berada di kawasan tinggi. Sejuk dan fresh sangat. Indah. Cuma agak jerebu. Tapi tetap best dengan suasana tu. Lagi bersyukur, hari tu tak hujan dan Allah lah yang memudahkan perjalanan kami. Yang kelakarnya, si azie berhenti kejap sebab nk buat coffee. Dia mengantuk sebab dia kata dia ada darah rendah. Sedap jugak minum coffee instant tu dalam hutan. Ko ade? Haha..

Rasa sangat lega bila dah sampai check point 4. Bila fikir balik, macam tak percaya je aku dah sampai tahap ini. Kat check point 4 ni la rehat lama sikit. Siap ambil air mata air. Sejuk sangat air tu ditambah lagi angin yang sangat fresh. Sambil-sambil tu berborak-borak tentang pengalaman renjer tu. Dia memang dah biasa hiking. Boleh dikatakan setiap minggu hiking. Gunung Kinabalu je dah 6 kali. Daebak! Then,  dia share, kenapa panggil gunung ni gunung berlumut. Sebabnya, dulu, memang pokok-pokok kat situ sangat berlumut siap boleh perah lagi. Sekarang ni dah tak pun. Apa yang lebih memeranjatkan kami, ada makcik ni umur dia 60 tahun or 61 tahun still maintain je naik gunung ni. Muka pun awet muda je. Macam tak percaya umur dia 60 tahun. Aku tak pasti samada dia renjer utk group hiking dari PD or dia memang participant drpd group PD tu. Tapi memang solute habis la kat mak cik ni. Tabik spriinnggg~ hehe. Renjer cakap lagi 10-15 minit untuk sampai ke puncak dan jalannya landai sedikit. Tidak lagi curam. Kami pun meneruskan perjalanan dengan perasaan berkobar-kobar sebab nak dekat sampai puncak. Dan akhirnya, kami semua sampai puncak!!! Alhamdulillah. Sampai dalam pukul 12.30 tengah hari. Lunch terus kat atas tu sebab lapar. Roti je pun yang ada. Jangan mengadalah nak order fresh oren ke, teh ais ke, ok? :D

sebahagian group yang sampai ke puncak

Dalam setengah jam berada atas puncak tu sambil snap2 gambar. Around pukul 1, kami turun sama-sama. Tapi aku turun lambat sikit sebab malas nak rush2. Cabaran untuk turun lagi dahsyat. Sangat sakit. Lebih sakit daripada mendaki. Masa mendaki, yang sakit hanyalah peha. Bila turun, lutut, betis dan jari-jari kaki memang sangat sakit sebab kita kena menahan kaki untuk turun dan untuk mengelakkan daripada jatuh. Beberapa kali juga aku hampir terjatuh dek kerana daun2 kering yang banyak. Lutut tak payah katalah. Memang terketar sepanjang turun tu. Rasa macam nak nangis sebab kaki ni tak larat sangat. Aku berhenti2 juga sebab tak larat. Tapi, tak membantu pun sebab rasa sakit tu tetap ada walaupun aku rehat atau tak. Rasa macam nak gelongsor je bawah ke. Tapi macam malu je sebab ada 2 fasi lelaki yang tunggu dan sama-sama turun. Baguslah, sebab Dee jatuh masa on da way turun tu dan ada luka-luka sikit. Sekurang-kurangnya kalau ada apa-apa yang berlaku, boleh minta tolong fasi. 

Perkara yang paling annoying masa turun tu adalah signboard berapa meter lagi akan sampai. Sangat annoying bila kita rasa dah jalan sangat jauh dan berperasaan lagi sikit je nak sampai, tapi signboard tu menunjukkan yang kita baru jalan 200 meter. Ah, pedih hati rasanya. Perasaan lega tu datang bila dengar bunyi air terjun dan orang bersuka-ria, bermandi manda di air terjun. Saat itu hanya Allah yang tahu perasaan gembiranya hatiku sebab kesakitan yang aku alami selama ini sudah berakhir. Dengan menahan sakit kaki, akhirnya kami sampai ke base camp around pukul 5 lebih. Alhamdulillah selamat sampai. Keinginan hati ingin terus pergi terjun ke sungai tu, tapi, fikir semula yang kaki sakit dan perlukan rehat. Tapi, keesokan hari, fasi2 bagi kami mandi sungai yeayyy. seronok sangat =)

Malam tu, kami tidak diberi rehat lama, malah di beri lagi task. Mungkin ada hati yang ingin memberontak, tapi, sebenarnya tujuannya adalah supaya kita merasai para sahabat dulu walaupun dalam keadaan penat, mereka tetap berjuang dan berperang habis habisan. Jauh sangat kalau nak dibandingkan dengan kepenatan dan kesakitan yang kami alami yang hanyalah sekelumit kecil. Malam tu juga kami diberi muhasabah hiking dan ibrah/pengajaran daripada hiking siang itu. Ramai juga yang meluahkan pengalaman masing-masing. Apa yang penting, kerjasama dalam kumpulan dan bukan siapa yang terpantas sampai puncak. Mendaki gunung belumut ini seolah-olah kita ingin mencapai ustaziatul alam yang berada di puncak. Dalam ingin mencapai ustaziatul alam tu, pasti banyak cabaran dan mungkin ada yang berputus asa. Tapi percayalah dengan yakin bahawa Islam akan menang. Islam itu diibaratkan batu yang sangat besar dan sekarang ini, telah jatuh ke bawah. Kita lah orang yang akan membawa batu itu naik ke puncak. Sebab tu kita tak boleh angkat sorang-sorang. Kita perlu dalam jemaah atau kumpulan untuk bersama-sama membawa batu tu ke puncak. Bukan hanya sendiri dan mementingkan diri sendiri untuk kejayaan sendiri. Get it? hehe. Banyak lagi ibrah daripada camping ni tapi, tak tertulis rasanya. Cuma pengalaman ini sangat berharga bagi aku dan akan ku kenang sampai bila-bila sebagai kenangan yang manis :)

Para peserta dan fasi

Eh, terlupa satu perkara. So, macamana dengan amanah aku tadi? Alaa.. biskut cracker tadi tu. Oh yang tu, sila rujuk gambar di bawah. Tak dapat la den nak menolongnya. Mujur tiada denda atau apa-apa tindakan. Fuh~ Tapi tahniah pada yang berjaya jaga amanah tu betul-betul. Ramai juga yang masih maintain tak pecah. Yang sudah lemau pun ada. Hihi. Pandai jaga.

kasihan kamu. hukhuk

Overall, memang super best!! Awesome!! Daebak!! Terrrbaiikkk!! Ok, cukup.

Next trip, Gunung Kinabalu maybe? (jangan nak berangan sangatlah. hahaha)

Terima kasih kerana membaca membaca entri ini :)

Wassalam ^_^
  

Friday, June 7, 2013

baby baby dan baby

Assalamualaikum

Salam ceria ^_^

Pada 31 May 2013, hari khamis, seorang bayi lelaki telah dilahirkan oleh kakak ku. (baru hari ni nak hapdate. sigh -.-") Ah. indahnya rasa. Dia mengandungkan bayi itu selama 9 bulan 8 hari. Dia bersalin di Ampang (sebab dia memang duduk kat sana). Mak kat rumah, tak payah nak cakapla, dah tak selera makan pulak bila dapat tahu kakak dah sakit2 perut. Bila aku dapat tahu, memang eksaited la. Maklumlah, anak sedara yang ke-8. Complete 4 lelaki, 4 perempuan. Hihi. Tapi, benda yang lebih mengejutkan aku, berat baby dia 4.65kg. Ok, memang cipta rekod la dalam family. Sebelum ni, adik yg cipta rekod, 4.1 ke, 4.2 kg. *tak berapa nak ingat sangat. huuhu. Aaaaaa.. mesti baby ni bambam kan? Tak sabar nak tengok, nak cium, nk gomol2. hikhik. 

gambar hiasan. comel kot!

Esoknya, 1 jun, pada hari jumaat, mak, bapak dan abang ngah pegi ampang nak melawat. Mak tinggal sana sebab nak jaga kakak dalam pantang. Bapak dan b.ngah balik hari sabtu. Yelah, mereka pun ada tanggungjawab yg perlu diselesaikan di kampung. (awat ayat aku macam skema je ni, maklumlah dah lama tak tulis blog). Hampir setiap hari aku call, tanya khabar mak, baby, dan akak. Dalam 2 minggu lagi, baru mereka akan pulang ke kampung. Cepatlahhh 2 minggu. Dalam masa yang sama, aku mengharapkan, lambatlah 2 minggu sebab progress research ni macam tak berapa nak ade. bhahaha. Baru seminggu, mak dah rindu nak balik rumah katanya. Tapi, itulah pengorbanan ibu. Mak tetap tunggu akak betul2 sihat. *touch*. 

Baby ni dinamakan Muhammad. Muhammad bin Ainuddin. (sebelum ni, dengarnya, nak namakan Ammar atau Akif) hihi
Baby, sikit lagi awak boleh geng dengan kita, bulan 6 :p

Tahun ni, ramainya kenalan yang dah dapat baby dan akan dapat baby. Antaranya, Ifa dapat baby bulan 2. Anak lelaki. Comel anak dia. K.hana dan K.Mar dalam bulan 4 hari tu. K.Fida bersalin pada 30hb mei. Anak perempuan. Pastu, K.Bai pulak baru je bersalin 6hb jun. Juga anak perempuan. Mommy to be, Mira (8 bulan), Piqah (5 bulan), Tasneem (3 bulan), dan Tiah. Tak sabar nak dapat banyak anak sedara SSM. huu~~

Tengok instag malam tadi, Irine Nadia (blogger) pun dah bersalin. 6/6/2013. Anak perempuan. Comel :)

Doa untuk anak:

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"

(Surah Ibrahim :40-41)

p/s: pada rakan2 SSM yang nak kawin tu, cepat2 la ye. nak yang comel taw. hehe

Wassalam


Monday, May 20, 2013

#throwback X-REK 2010

Assalamualaikum ^^,

Bila mukhayyam (baca: camping) nak dekat dah, terimbau kembali kenangan2 mukhayyam lepas. Lepas tu teringat pulak yang aku tak habis tulis pasal cerita tu. Adeh -.-"

Kalau nak baca cerita tu dulu, sila tengok di SINI

Aku tulis cuma sampai check point 3 je. Dah 3 tahun, baru nak sambung. Bagus sangat tu, Hayati. Tu pun sebab semalam duk borak dengan zati, nini dan hajar pasal camping ni la. Sampai dekat kul 11 malam. Itu dah menjadi perkara biasa. huihuihui. Aku akan cerita roughly je la.

*     *     *

Check point seterusnya, kami merentas sungai kecil yang ada lumpur. Time ni, faci suruh lumurkan lumpur tu kat muka ahli2 kumpulan. Ha, ape lagi, masing2 suka la nak conteng muka kat orang. Muka semua jadi hitam je. Tak boleh bersihkan pula tu sampai check point akhir. Kemudian jalan ikut tali merah, sampailah check point seterusnya. Kami diberi task untuk cari 5 ekor nyamuk hidup, 5 pacat, 5 semut hitam. Kitorang bagi2 tugas, aku kena tangkap nyamuk hidup. Agak susah jugak tapi semua dapat kecuali pacat. Sebenarnya takde pun pacat kat situ. sigh -.-" Check point seterusnya lebih kurang 'fear factor' la. 3 check point utk task ni. biasalah, kalau cakap pasal fear factor mestilah makan benda2 yang menggelikan. 

Untuk check point first, ahli kumpulan kena syura pilih seorang sahaja yang nak makan benda tu. Kumpulan aku ada seorang yang volunteer. Fuh.. nasib baik. Berdebar2 ni nak tahu ape makanan tu. Kitorang dah fikir ulat ke, belalang ke. Rupa-rupanya, coklat. Ah, rugi2 tak offer diri. Next check point kena makan halia dan kopi pahit gile. Rasanya kopi tu banyak serbuk daripada air. Time ni aku belum kena makan sebab dah ada ahli group yg offer diri. Next check point baru la kena. Aku kena makan wasabi wei. Pedas satu hal. Bila dah sendawa tu, rasa lah ketidaksedapan itu. Ada jugak yang kena makan bawang putih, ikan kering. Selain tu aku tak ingat. Tak silap aku ada lagi 2 jenis makanan. 

Hari pun makin petang dan tinggal 1 je lagi check point, iaitu tasmi'. Sepanjang perjalanan kami tadi, kami kena hafal 2 ayat Quran. Berkaitan dengan persaudaraan. Dan last check point tu, semua lepas. Yang bestnya, kami solat asar di tepian pantai tu sebab nak kejar waktu. Indah sangat solat berjemaah bersejadahkan pepasir pantai. Benda ni lah yang susah kita nak dapat drpd camping2 biasa. Balik khemah, mandi, uruskan diri, solat berjemaah dan makan. Kemudian kami di suruh tidur sebentar kerana pukul 2 pagi semua kena masuk hutan menjalankan task seterusnya. 
 
*     *     *

Pukul 2 pagi. Dalam keheningan pagi itu, kami bergerak secara berkumpulan dalam keadaan hujan renyai-renyai memasuki hutan yang gelap. Bulan pun tidak mahu menunjukkan dirinya dek kerana awan yang menutupi. Kami hanya dibekalkan 2 batang lilin. Bayangkan, sudahlah hujan, acuh tak acuh je api tu membakar lilin. Apa yang menariknya, untuk memastikan jalan yang kami lalu tu betul, kami kena bersama2 jerit *huuud huuud*. Faci yang jaga kawasan tu akan respond balik *huuud huuud*. ehe, comel tak kak ton. (tiba2). Sepanjang perjalanan tu, memang bergantung 100% pada Allah. Nak dipendekkan cerita, kami sampai ke kem dekat waktu subuh dalam kesejukan hujan + angin laut. menggigil tak terkata. Khemah pun dimasuki air. Lepas solat subuh, aku, hajar dan zati balik ke khemah berborak2 sambil tunggu fasi panggil untuk berkumpul. Bila rasa macam dah lama sangat duk dalam khemah tu, tinjau2, rupanya semua dah berkumpul. ishk, buat malu je. Last day tu hanyalah perkongsian drpd peserta2. 

Mukhayyam ni bukan seperti camping2 biasa. Penat aku sekurang2nya penat yang bermanfaat. Dapat sesuatu yang berguna untuk akhirat. Mengajar aku perihal infak sebenar dan kebergantungan pada Allah. Secara keseluruhannya, mukhayyam ini diadakan untuk memahami sebuah perjalanan dakwah, untuk menghayati semula peristiwa Badar Al-Kubra dan untuk bersama dengan 'Alam yang mentauhidkan Allah SWT. Oh, ya.. sebelum naik bas, fasi2 pulangkan semula barang2 yang kononnya wajib di infakkan. Oh, dunia. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang cinta dunia lebih daripada akhirat.



peserta2 perempuan


Mukhayyam kali ni memang best. Sebenarnya ada 2 lagi check point yg aku x cerita sbb agak complicated. hehe. Mukhayyam selepas mukhayyam ni bertemakan Sultan Al-Fateh. Tapi tak dapat join sebab time tu praktikal. So, insyaAllah bulan 6 nanti akan ada mukhayyam ke Gunung Berlumut. Gunung Berlumut ni gunung kedua tertinggi di johor selepas Gunung Ledang. Ketinggiannya 1, 010 meter. Mak aiiihh. Sedangkan Gunung Arong  yang rendah sikit hari tu pun dah sakit2 kaki. Ni yang kena tingkatkan balik stamina ni. 

p/s: terima kasih kepada zati & ninie sebab teman jogging petang2. huehuehue 

Macam tak best je cerita aku sebab malas nak tulis panjang2. hahaha. Apepun, terima kasih sudi baca ^^,

Moga2, mukhayyam kat gunung berlumut nanti baik2 saje. Doakan saya.


"Rahib di malam hari,
Singa di siang hari."

Itu saje. Wassalam.

^_^


Thursday, May 9, 2013

Daun Betik katanya~


Assalamualaikum

gambar ehsan en.google

Nampaknya, lama betul dah tak hapdate. Dah sebulan rupanya tak coret2 kat sini. Banyak je rasanya nak tulis. Tapi ngak punya waktu yang terluang untuk ini. (tiba2 slang indon sbb tengah dengar lagu rossa). Ok, straight to the point. Cuti mengundi hari tu first time ok, aku minum air rebusan daun betik. Cerita dia bermula bila bapaku minum air yang berwarna seakan tebu itu. Dialog antara kami lebih kurang begini:


Aku: Kenapa bapak minum air daun betik ni?
Bapa: Abah dulu, sejak sebelum kawin lagi, setiap hari kena minum air ni. 'Mbah Man' (bapa kepada bapaku) yang suruh minum. Banyak khasiat katanya. Selagi tak minum, tak boleh makan nasi. Jadi, sampai sekarang abah minum sebab dah terbiasa dari kecil dulu.


Hah! Dahsyat tak dahsyat. Garang rupanya mbah man tu. Maklumla, aku tak berkesempatan berjumpa, mahupun melihat wajahnya. Tiada gambar untuk ku melihat bagaimana agaknya rupa atukku itu. Aku sedikit  teruja. Terasa ingin mengenali atukku lebih jauh lagi. Bagaimana sifatnya, rupanya, dan macam2 lagi. 


Aku: Fuiyoo.. Garangnya mbah man.
Bapa: Mbah Man memang garang. Kalau nasi tengah panas, time tu abah nak makan, dia tolak pinggan tu suruh tunggu nasi tu sejuk sikit, baru makan. Nanti, gigi tahan lama.
Aku: Oooo.. patutlah gigi bapak masih tahan lagi sampai sekarang.

nota kaki: walaupun kami panggil 'bapak', dia akan bahasakan dirinya 'abah'.


Orang lama ni memang banyak petua kan? Guna bahan2 original lagi. Tiada bahan kimia. Pokok betik ni selain buahnya beri banyak kebaikan dan juga sedap, daunnya juga banyak khasiat. Rebus daun betik tu, kemudian minum airnya bila dah agak suam2 la. Daunnya yang telah direbus itu pula tak perlu dibuang, boleh dimakan sebagai ulam-ulaman.  Antara khasiat daun betik ni, ia menstabilkan tekanan darah dalam badan kita. Bila google khasiat daun betik ni, ada juga yang tulis, boleh merawat demam malaria.

Nak tahu rasanya? Cubalah. Sudah pastilah pahit. Yang pahit itukan biasanya baik untuk badan. Ubat dari hospital juga pahit kan? Tapi, bukan nak katalah, memang pahit sepahit pahitnya. Bila nak minum, aku teguk laju2 sambil menahan nafas dengan harapan tak akan rasa pahit. Bila dah telan, mak aiiii.. masih rasa pahitnya di kerongkong. Terus cepat2 minum air masak. Kurang sikit tapi still rasa. Eeuuuwww. Aku cuma minum 2 teguk. Tak larat den. Bila aku tanya mak, "Mak tak minum ke?" Mak kata mak makan daunnya aje, buat ulam. Elok la. Bapa minum airnya, mak makan daunnya. Terbaik laaa. 

Bila lah aku nak contohi mereka makan daun2 berkhasiat yang pahit tu? O_o

(^^,)

~Wassalam~


Wednesday, April 3, 2013

Ujian buat mereka, Peringatan buat kita

Assalamualaikum

Malam semalam, dapat berita kematian seseorang. jiran. masih muda. namun, ajal tidak mengenal usia. Allah memanggil dia pada masa yang sudah Dia tetapkan.

Pagi tadi, dapat berita, seorang lagi meninggal. adik kepada kakak ipar. juga masih muda. sungguh, ajal itu rahsia Allah. tidak dapat di ramal. berita ini sungguh mengejutkan aku. apatah lagi seluruh keluarga mereka. Ibuku menemani ibu kepada arwah (jiran) dirumahnya sehingga pagi. 

Kedua-dua meniggal dalam satu kemalangan dimana ada 4 orang dlm 1 kereta. 2 org meninggal, seorang koma dan seorang lagi cedera. Ini lah berita yang aku dapat daripada ibuku pagi tadi. Sebak. Sebak bila mengenangkan anak2 arwah yang masih kecil. Dugaan ini besar buat mereka. Namun, perlu la kita sentiasa ingat, kepada-Nya kita kembali. Kematian itu syaratnya adalah hidup. bukan tua.

Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Kita yang hidup, teruskan perjuangan mengharap redha Allah. Semoga Allah memberikan kekuatan dan ketabahan kepada keluarga mereka.

Al-fatihah

Pagi ini juga, dapat berita ada musibah yang menimpa ibu kepada sahabat saya. Saya doakan semoga Allah memberi kesembuhan kepada ibu beliau dan memberi ketabahan kepada keluarga beliau.

Semoga Allah menggugurkan dosa2 yang lalu dengan ujian ini.

Berita kematian merupakan peringatan kepada kita yang masih hidup.
Orang yang bijak adalah orang yang banyak mengingati mati.

"Carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati besok pagi" 

wassalam