Saturday, June 29, 2013

Gunung Berlumut, Kluang

Assalamualaikum semua!!

Entri kali ni nak story mory pasal my experience hiking kat gunung belumut, kluang. Pernah naik tak? Yang dah ada experience, mesti tahu susah senang, pahit manis, and sweet sour nya mendaki gunung tu kan. Orait, so, let's begin. Yuuhhuuu~~

konvoi berkereta ke gunung berlumut

Pagi 22 Jun 2013, jam 8 pagi, semua peserta berkumpul untuk mendengar briefing sebelum hiking. Renjer berpesan, kalau dah jam 2 petang, walaupun belum sampai puncak gunung, tetap kena turun. Yelah, ia risiko kalau kita tak keluar dari hutan tu sebelum malam. Pasukan kami menetapkan masa berkumpul iaitu semua peserta mesti ada di basecamp jam 6 petang . Fuh -.-"

cuaca di kluang yang agak jerebu

Kami diberi glukose sesudu seorang untuk dimasukkan ke dalam air kosong. Kami juga di suruh membawa bekalan makanan sendiri sepanjang perjalanan mendaki dan juga untuk lunch di puncak nanti. Lunch sangat. hoho. Antara yang di suruh bawa, coklat bar, 100 plus dan lain2. Aku lupa nak beli 100 plus. Cuma bawa air kosong yang dipaksa disuruh isi dengan glukose, coklat bar dan juga gula-gula. Bagi aku, gula-gula sangat penting untuk aku semasa hiking. Yang pertama sebab mudah di makan semasa mendaki. Yang kedua, sedikit sebanyak dapat bagi energy dikala aku kepenatan. Air pula, aku bawa botol air kecil je. Kalau bawa botol air besar, buat berat beg je nak mendaki nanti. Jadi satu bebanan pula. Oh ye, tak lupa juga bawa tuala kecil untuk lap peluh. So sweet :P

Yang aku rasa lagi tercabar, fasi2 suruh jaga sesuatu benda pulak. Kira macam amanah yang perlu di jaga lah. As expected, benda tu adalah biskut cracker yang mudah rapuh tu. Urrgghh. Kat mana pulak aku nak letak benda tu. At last, aku letak dalam tuala kecil yang aku bawa tu. Berguna juga la bukan untuk lap peluh, untuk letak anda, wahai biskut. hukhukhuk. Then, haruslah stretching dulu kan untuk bagi otot2 tu bangun dari tido. wuwuwu~

kena warming up betul-betul supaya nanti tak krem kaki

Kami gerak mendaki secara berkumpulan. 4 kumpulan overall. Setiap 1 kumpulan ada 1 renjer yang guide. 1 kumpulan around 12-15 orang. Lelaki haruslah jalan di hadapan. Menjadi pemimpin kepada perempuan. Ceh! Yang perempuan ni kan tak cukup stamina ayu, haruslah dibelakang. hehe. Sebelum sampai ke puncak, mesti melalui 4 check point. Katanya, check point 3 ke 4, kecuramannya 90 degree ok! Apa pun, sebelum naik tu, betulkan niat dan reset minda supaya sentiasa positif. Mungkin kalau fizikal tak mampu, mental masih mampu untuk sampai ke puncak. Aku tak tahu nak set masa berapa minit untuk ke setiap check point sebab kami tidak dibenarkan memakai jam sepanjang camping ni. Anggaran untuk ke check point pertama tu, dalam 15-20 minit kot. Time ni, aku dah penat sikit dah. Apelaa. Hahaha. Gula-gula memang sentiasa ada kat kocek seluar. Rehat sekejap di check point 1. Kemudian, teruskan perjalanan ke check point 2. Time ni semua ahli kumpulan masih cukup dan gerak bersama-sama walaupun kadang2 aku suka berhenti2. 

Kami group ke-2 mendaki gunung. yeah~

Untuk ke check point 2 ni, agak jauh sikit dan lebih curam drpd sebelum ni. So, memang peha dah rasa sakit sebab kena melangkah besar dan jauh pula tu. Aku  dan beberapa ahli group aku memang dah tertinggal sebab ktorang suka berhenti2. Suka-suka je buat check point sendiri. Tapi, berhenti tak lama pun. Minum air je. Bila dah sampai kat check point 2, aku rasa aku berjalan dengan group lain, group selepas aku. Tapi, takpe, asalkan jangan jalan sendiri. Mesti berkumpulan. Sepanjang hiking tu, aku rasa aku medaki dengan berlainan partner. Kejap2 dengan azie n nazirah. Kejap2 dengan nina. Kejap2 dengan k.muni. Yang bestnya, kalau antara kami rasa penat dan patah semangat, masing-masing akan cheer up, bagi semangat "sikit lagi nak sampai check point", walaupun hakikatnya jauh lagi. huhu. Kalau dengar suara macam riuh je tu, dah dekat la tu dengan check point. Fuh~ Memang penat.

4 gambar ni, aku ambil dari en.google

Gambar kat atas ni tak cukup curam. Cubalah anda pergi dan rasai sendiri. Memang mendongak nak tengok orang atas kita. Check point 3 ke 4 memang 100% curam. Err, mybe 90%. Hehe. Memang memerlukan khidmat tangan juga untuk mendaki. Bukan sekadar kaki. Masa aku mendongak ke atas, serius, aku rasa, boleh ke aku daki ni? Tak sempat nak fikir panjang, diorang dah naik. Baru lah aku terkedek2 nak naik. Ini laluan naik, ini juga laluan untuk turun. Laluan air juga. Mujur tak hujan. Kalau hujan, sudah tentu licin, dan susah untuk mendaki. Memang guna kudrat tangan untuk mencapai pokok, batu besar dan sebagainya. Tak mampu rasanya kalau tengok atas. Jadi, aku semat dalam hati, teruskan je mendaki. Jangan tengok atas. Dan memang tak dinafikan, dalam hati, selalu persoalkan, "kenapa perlu naik semua ni?" , "bila nak sampai ni?" , "bila nak balik? aku dah tak larat lagi". Tapi, ni semua tak sia-sia kalau kita tahu matlamat sebenar kan? Dalam masa yang sama, aku juga memohon pertolongan kepada Allah supaya diberi kekuatan untuk sampai ke puncak. Itulah yang sebaiknya kan? Kadang2, untuk tak nak fikir penat tu, aku tengok sekeliling aku, banyak pokok-pokok yang tak pernah nampak, ada yang besar sangat dan angin juga sangat best bila kita dah berada di kawasan tinggi. Sejuk dan fresh sangat. Indah. Cuma agak jerebu. Tapi tetap best dengan suasana tu. Lagi bersyukur, hari tu tak hujan dan Allah lah yang memudahkan perjalanan kami. Yang kelakarnya, si azie berhenti kejap sebab nk buat coffee. Dia mengantuk sebab dia kata dia ada darah rendah. Sedap jugak minum coffee instant tu dalam hutan. Ko ade? Haha..

Rasa sangat lega bila dah sampai check point 4. Bila fikir balik, macam tak percaya je aku dah sampai tahap ini. Kat check point 4 ni la rehat lama sikit. Siap ambil air mata air. Sejuk sangat air tu ditambah lagi angin yang sangat fresh. Sambil-sambil tu berborak-borak tentang pengalaman renjer tu. Dia memang dah biasa hiking. Boleh dikatakan setiap minggu hiking. Gunung Kinabalu je dah 6 kali. Daebak! Then,  dia share, kenapa panggil gunung ni gunung berlumut. Sebabnya, dulu, memang pokok-pokok kat situ sangat berlumut siap boleh perah lagi. Sekarang ni dah tak pun. Apa yang lebih memeranjatkan kami, ada makcik ni umur dia 60 tahun or 61 tahun still maintain je naik gunung ni. Muka pun awet muda je. Macam tak percaya umur dia 60 tahun. Aku tak pasti samada dia renjer utk group hiking dari PD or dia memang participant drpd group PD tu. Tapi memang solute habis la kat mak cik ni. Tabik spriinnggg~ hehe. Renjer cakap lagi 10-15 minit untuk sampai ke puncak dan jalannya landai sedikit. Tidak lagi curam. Kami pun meneruskan perjalanan dengan perasaan berkobar-kobar sebab nak dekat sampai puncak. Dan akhirnya, kami semua sampai puncak!!! Alhamdulillah. Sampai dalam pukul 12.30 tengah hari. Lunch terus kat atas tu sebab lapar. Roti je pun yang ada. Jangan mengadalah nak order fresh oren ke, teh ais ke, ok? :D

sebahagian group yang sampai ke puncak

Dalam setengah jam berada atas puncak tu sambil snap2 gambar. Around pukul 1, kami turun sama-sama. Tapi aku turun lambat sikit sebab malas nak rush2. Cabaran untuk turun lagi dahsyat. Sangat sakit. Lebih sakit daripada mendaki. Masa mendaki, yang sakit hanyalah peha. Bila turun, lutut, betis dan jari-jari kaki memang sangat sakit sebab kita kena menahan kaki untuk turun dan untuk mengelakkan daripada jatuh. Beberapa kali juga aku hampir terjatuh dek kerana daun2 kering yang banyak. Lutut tak payah katalah. Memang terketar sepanjang turun tu. Rasa macam nak nangis sebab kaki ni tak larat sangat. Aku berhenti2 juga sebab tak larat. Tapi, tak membantu pun sebab rasa sakit tu tetap ada walaupun aku rehat atau tak. Rasa macam nak gelongsor je bawah ke. Tapi macam malu je sebab ada 2 fasi lelaki yang tunggu dan sama-sama turun. Baguslah, sebab Dee jatuh masa on da way turun tu dan ada luka-luka sikit. Sekurang-kurangnya kalau ada apa-apa yang berlaku, boleh minta tolong fasi. 

Perkara yang paling annoying masa turun tu adalah signboard berapa meter lagi akan sampai. Sangat annoying bila kita rasa dah jalan sangat jauh dan berperasaan lagi sikit je nak sampai, tapi signboard tu menunjukkan yang kita baru jalan 200 meter. Ah, pedih hati rasanya. Perasaan lega tu datang bila dengar bunyi air terjun dan orang bersuka-ria, bermandi manda di air terjun. Saat itu hanya Allah yang tahu perasaan gembiranya hatiku sebab kesakitan yang aku alami selama ini sudah berakhir. Dengan menahan sakit kaki, akhirnya kami sampai ke base camp around pukul 5 lebih. Alhamdulillah selamat sampai. Keinginan hati ingin terus pergi terjun ke sungai tu, tapi, fikir semula yang kaki sakit dan perlukan rehat. Tapi, keesokan hari, fasi2 bagi kami mandi sungai yeayyy. seronok sangat =)

Malam tu, kami tidak diberi rehat lama, malah di beri lagi task. Mungkin ada hati yang ingin memberontak, tapi, sebenarnya tujuannya adalah supaya kita merasai para sahabat dulu walaupun dalam keadaan penat, mereka tetap berjuang dan berperang habis habisan. Jauh sangat kalau nak dibandingkan dengan kepenatan dan kesakitan yang kami alami yang hanyalah sekelumit kecil. Malam tu juga kami diberi muhasabah hiking dan ibrah/pengajaran daripada hiking siang itu. Ramai juga yang meluahkan pengalaman masing-masing. Apa yang penting, kerjasama dalam kumpulan dan bukan siapa yang terpantas sampai puncak. Mendaki gunung belumut ini seolah-olah kita ingin mencapai ustaziatul alam yang berada di puncak. Dalam ingin mencapai ustaziatul alam tu, pasti banyak cabaran dan mungkin ada yang berputus asa. Tapi percayalah dengan yakin bahawa Islam akan menang. Islam itu diibaratkan batu yang sangat besar dan sekarang ini, telah jatuh ke bawah. Kita lah orang yang akan membawa batu itu naik ke puncak. Sebab tu kita tak boleh angkat sorang-sorang. Kita perlu dalam jemaah atau kumpulan untuk bersama-sama membawa batu tu ke puncak. Bukan hanya sendiri dan mementingkan diri sendiri untuk kejayaan sendiri. Get it? hehe. Banyak lagi ibrah daripada camping ni tapi, tak tertulis rasanya. Cuma pengalaman ini sangat berharga bagi aku dan akan ku kenang sampai bila-bila sebagai kenangan yang manis :)

Para peserta dan fasi

Eh, terlupa satu perkara. So, macamana dengan amanah aku tadi? Alaa.. biskut cracker tadi tu. Oh yang tu, sila rujuk gambar di bawah. Tak dapat la den nak menolongnya. Mujur tiada denda atau apa-apa tindakan. Fuh~ Tapi tahniah pada yang berjaya jaga amanah tu betul-betul. Ramai juga yang masih maintain tak pecah. Yang sudah lemau pun ada. Hihi. Pandai jaga.

kasihan kamu. hukhuk

Overall, memang super best!! Awesome!! Daebak!! Terrrbaiikkk!! Ok, cukup.

Next trip, Gunung Kinabalu maybe? (jangan nak berangan sangatlah. hahaha)

Terima kasih kerana membaca membaca entri ini :)

Wassalam ^_^
  

Friday, June 7, 2013

baby baby dan baby

Assalamualaikum

Salam ceria ^_^

Pada 31 May 2013, hari khamis, seorang bayi lelaki telah dilahirkan oleh kakak ku. (baru hari ni nak hapdate. sigh -.-") Ah. indahnya rasa. Dia mengandungkan bayi itu selama 9 bulan 8 hari. Dia bersalin di Ampang (sebab dia memang duduk kat sana). Mak kat rumah, tak payah nak cakapla, dah tak selera makan pulak bila dapat tahu kakak dah sakit2 perut. Bila aku dapat tahu, memang eksaited la. Maklumlah, anak sedara yang ke-8. Complete 4 lelaki, 4 perempuan. Hihi. Tapi, benda yang lebih mengejutkan aku, berat baby dia 4.65kg. Ok, memang cipta rekod la dalam family. Sebelum ni, adik yg cipta rekod, 4.1 ke, 4.2 kg. *tak berapa nak ingat sangat. huuhu. Aaaaaa.. mesti baby ni bambam kan? Tak sabar nak tengok, nak cium, nk gomol2. hikhik. 

gambar hiasan. comel kot!

Esoknya, 1 jun, pada hari jumaat, mak, bapak dan abang ngah pegi ampang nak melawat. Mak tinggal sana sebab nak jaga kakak dalam pantang. Bapak dan b.ngah balik hari sabtu. Yelah, mereka pun ada tanggungjawab yg perlu diselesaikan di kampung. (awat ayat aku macam skema je ni, maklumlah dah lama tak tulis blog). Hampir setiap hari aku call, tanya khabar mak, baby, dan akak. Dalam 2 minggu lagi, baru mereka akan pulang ke kampung. Cepatlahhh 2 minggu. Dalam masa yang sama, aku mengharapkan, lambatlah 2 minggu sebab progress research ni macam tak berapa nak ade. bhahaha. Baru seminggu, mak dah rindu nak balik rumah katanya. Tapi, itulah pengorbanan ibu. Mak tetap tunggu akak betul2 sihat. *touch*. 

Baby ni dinamakan Muhammad. Muhammad bin Ainuddin. (sebelum ni, dengarnya, nak namakan Ammar atau Akif) hihi
Baby, sikit lagi awak boleh geng dengan kita, bulan 6 :p

Tahun ni, ramainya kenalan yang dah dapat baby dan akan dapat baby. Antaranya, Ifa dapat baby bulan 2. Anak lelaki. Comel anak dia. K.hana dan K.Mar dalam bulan 4 hari tu. K.Fida bersalin pada 30hb mei. Anak perempuan. Pastu, K.Bai pulak baru je bersalin 6hb jun. Juga anak perempuan. Mommy to be, Mira (8 bulan), Piqah (5 bulan), Tasneem (3 bulan), dan Tiah. Tak sabar nak dapat banyak anak sedara SSM. huu~~

Tengok instag malam tadi, Irine Nadia (blogger) pun dah bersalin. 6/6/2013. Anak perempuan. Comel :)

Doa untuk anak:

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"

(Surah Ibrahim :40-41)

p/s: pada rakan2 SSM yang nak kawin tu, cepat2 la ye. nak yang comel taw. hehe

Wassalam