Showing posts with label muhasabah diri.... Show all posts
Showing posts with label muhasabah diri.... Show all posts

Wednesday, April 3, 2013

Ujian buat mereka, Peringatan buat kita

Assalamualaikum

Malam semalam, dapat berita kematian seseorang. jiran. masih muda. namun, ajal tidak mengenal usia. Allah memanggil dia pada masa yang sudah Dia tetapkan.

Pagi tadi, dapat berita, seorang lagi meninggal. adik kepada kakak ipar. juga masih muda. sungguh, ajal itu rahsia Allah. tidak dapat di ramal. berita ini sungguh mengejutkan aku. apatah lagi seluruh keluarga mereka. Ibuku menemani ibu kepada arwah (jiran) dirumahnya sehingga pagi. 

Kedua-dua meniggal dalam satu kemalangan dimana ada 4 orang dlm 1 kereta. 2 org meninggal, seorang koma dan seorang lagi cedera. Ini lah berita yang aku dapat daripada ibuku pagi tadi. Sebak. Sebak bila mengenangkan anak2 arwah yang masih kecil. Dugaan ini besar buat mereka. Namun, perlu la kita sentiasa ingat, kepada-Nya kita kembali. Kematian itu syaratnya adalah hidup. bukan tua.

Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Kita yang hidup, teruskan perjuangan mengharap redha Allah. Semoga Allah memberikan kekuatan dan ketabahan kepada keluarga mereka.

Al-fatihah

Pagi ini juga, dapat berita ada musibah yang menimpa ibu kepada sahabat saya. Saya doakan semoga Allah memberi kesembuhan kepada ibu beliau dan memberi ketabahan kepada keluarga beliau.

Semoga Allah menggugurkan dosa2 yang lalu dengan ujian ini.

Berita kematian merupakan peringatan kepada kita yang masih hidup.
Orang yang bijak adalah orang yang banyak mengingati mati.

"Carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati besok pagi" 

wassalam

Friday, January 18, 2013

Musim #listen


Assalamualaikum


#listen
let me speak !
when i speak, u listen.

tak nak sentuh pun pasal isu #listen ni.

hahaha :P


ok, serius !
semua orang ada masalah.
yang membezakannya adalah cara kita hadapi masalah itu.

ada yang lari dari masalah
ada juga yang berdepan dengan masalah

dan

ada juga yang berdoa meminta kekuatan menghadapi masalah/ujian
bukan
meminta untuk dikecilkan ujian.

orang yang ditimpa ujian adalah orang yang Allah sayang
kerana
dengan ujian lah kita dapat mengukur tahap keimanan kita

iman manusia itu boleh naik dan turun.

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”                                              
(Surah Al-Ankabut: 2-3)

cuba bayangkan jika hidup ini tanpa ujian....

......

ia seperti kosong.
semua manusia di level yang sama

dengan ujian yang Allah beri sesuai dengan kesanggupan kita,

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” 
(Surah Al-Baqarah: 286)

kita akan dinilai
bagaimana cara kita menghadapinya.

adakah berputus asa?

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.”
(Surah Ali-Imran: 139)



atau

sabar dan tawakal kepada Allah.

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal..”  
(Surah At-Taubah: 129)

kepada Allah sahajalah tempat kita berharap.

maka, 

risaulah jika Allah tidak mempedulikan kita
risaulah jika Allah membiarkan kita

ujian merupakan tanda Allah sayangkan kita.
daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali

sama-samalah kita bermuhasabah diri

janganlah hanya saling menuding jari

jagalah iman di dalam hati

i love Allah

oh ya, hari ni hari jumaat.
marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad


good luck untuk hadapi masalah anda !
jadikan masalah itu sebagai cabaran dalam hidup.

jangan lupa,
senyum ^^,


bye !



Friday, October 12, 2012

Bagaimana?


Bagaimana kita sangat pasti bahawa kita akan hidup untuk hari esok?

Hari esok milik Dia. Dia jualah yang menentukan hidup dan mati.

Masihkah sempat bertaubat untuk dosa-dosa hari ini dan hari lalu.

T_T 

p/s: peringatan untuk diri yang kerdil ini T_T