Wednesday, January 30, 2013

Beranak Sulung

Assalamualaikum

Apa khabar semua? 
Diharap anda semua sihat walafiat 
sebab, 
memiliki kesihatan yang baik
dapat melaksanakan ibadah dengan mudah
^_^

Dikesempatan ini, saya mengambil peluang untuk mengucapkan salam maulidurrasul kepada semua muslim pada 12 Rabiulawal 1434 H bersamaan 24hb Januari 2013

Ok, mengikut tajuk entry ni, aku kena cerita tentang 'beranak sulung' kan?
So, aku nak story sikit pasal kucing. Bagi aku, kucing xde masalah. ok, listen ! :P

Tanggal 12 Rabiulawal 1434 H, munyuk telah selamat melahirkan anak-anaknya buat kali yang pertama. Tahniah !!! 

nota kaki: munyuk adalah seekor kucing betina

Aku memang dah syak dia akan bersalin pada hari tu sbb air ketuban dia dah keluar. Petang tu aku mula sangsi, mengapa ekor munyuk basah? dari mana datangnya air yang berwarna agak keperangan di lantai ni? Mak juga tertanya-tanya. Tanpa banyak soal, mak terus bersihkan. Akhirnya, persoalan kami terjawab sebaik sahaja terdengar bunyi anak kucing menangis (kucing menangis ke?). Masa tu, tak sabar rasanya nak melihat dan nak tahu ada berapa ekor.

gambar munyuk bunting tiada dalam simpanan

Esoknya, aku dan bapaku melawat munyuk dan anak-anaknya. Kesemuanya ada 4 ekor. Tapi sayangnya, seekor sudah kaku, tidak bergerak. Pemergiannya mungkin kerana ruang bersalin yang sempit. Munyuk bersalin di kotak yg agak kecil saiznya. Beberapa hari sebelum munyuk bersalin, mak sudah persiapkan tempat bersalin yang besar dan selesa. Tapi, mungkin bagi dia, tempat tu tak cukup privacy. Mungkin. Lalu, aku nekad untuk memindahkan ke kotak yang lebih besar, tapi ditempat yang sama.

Setakat ini, hanya 3 ekor yang survive. Daripada pemerhatian aku, munyuk ni sangat caring. Dia akan keluar kotak tu lepas anak2 dia menyusu/tidur. Then, dia akan makan dan minum air. Bila, anak2 dia bunyi je, dia terus masuk kotak tu semula. sweet sangat ibu baru ni (^^,). Banyak kali jugak aku nampak, munyuk dan sitam akan saling bertanya khabar dengan cara bersentuhan hidung dengan hidung (aku agak je. bukan aku faham sangat bahasa kucing ni). Mungkin sitam pun seronok sebab dah dapat anak sedara dan dah jadi pakcik. Kami syak, dia bukan bapa budak2 tu :P

nota kaki: sitam adalah seekor kucing jantan. munyuk & sitam adalah adik beradik.  

Sitam dah pandai menggatal dengan kucing jiran sebelah (KJS). High taste budak ni. Nak cari yang parsi jugakk ! Sebelum ni, tak pernah KJS datang rumah. Tapi, satu hari tu, dia datang cari sitam. Amboi, cinta kau tak bertepuk sebelah tangan la sitam. Untung2, dapat menantu KJS yang cantik tu. Sekarang ni, sitam tak selalu lepak rumah, asyik menghilang je. Dating kott. KJS tu dah la baru beranak (sebelum kenal sitam). Kalau lepas ni bunting lagi, anak kau la sitam. hehe :P

aku sangat suka bulu sitam. lembut dan lebat. macam teddy bear.

Itu sahaja cerita tentang beranak sulung. Aku tak sanggup nak tengok kucing bersalin. Sebab tu lah aku tak jadi doktor perubatan (takde kaitan)

Aku harap kepulangan aku yang akan datang dapat tengok anak2 mereka sihat.

p/s: Kucing oren pun tengah bunting. Tunggu hari je tu. Ini pengalaman ketiga beliau.

senyum (^_^)


3 comments:

Miss Z said...

abestu munyuk bunting anak siapa... ayokk nak kena tau bapak diorang.. esok2 dia tnya kat munyuk camne??

(aik, dapat tenet terus update blog.. hahaha)

nur hayati said...

munyuk bunting anak kucing kampung jalanan (KKJ). sbb ada 1 anak dia wrna sama dgn laki tu. haha.

p/s: act, update ni spatutnya mlm td. masa nak tekan butang publish je, internet trus x dpt. ppffttt !

Miss Z said...

ohohoho... like that rupanya... suruh la KKJ tu bertanggungjawab.. apadaaa.... nasib ade pak cik sitam yang baik.. wahahaha